in

“Takde content sangat ke?” – Kak Long 7E Jadi Tetamu Jemputan, TVAlhijrah Dikecam Netizen

Fi Tvalhijrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum sempat isu tular dua beranak yang bertindak membuat ‘kecoh’ di salah sebuah cawangan kedai serbaneka 7-Eleven (7E) nak reda, kini timbul pula cerita lain tentang si ibu yang dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ ini!


Jika sebelum ini dia dipanggil untuk membuat ‘review’ makanan di sebuah kedai makan, ‘Kak Long 7E’ yang dikecam selepas bertindak biadap bersama anak lelakinya itu sekali lagi telah mengundang perhatian netizen setelah dipanggil untuk menjadi tetamu khas sebuah program TV pula!

Berita yang dikongsikan menerusi sebuah posting oleh PU Amin di laman Facebook ini telah menerima banyak kecaman para netizen sehingga ia terpaksa dipadam. Walau bagaimanapun, perkongsian itu sempat di screenshot oleh para netizen dan menjadi bualan ramai di media sosial kerana kebanyakan mereka mempersoal tindakan pihak produksi mengambil ‘Kak Long’ sebagai tetamu jemputan.

Menurut tweet daripada seorang peguam, Muhammad Syarafi ini, beliau meluahkan rasa kecewa kepada pihak produksi TV Al-Hijrah kerana dikatakan jemputan panel tetamu yang dipanggil agak tidak sesuai.

“Kalau takde content sangat nak buat, approach leww mana² doktor ka, peguam macam aku ka, panggil buat sharing yang berilmiah sikit,” tulis beliau di tweet tersebut.

Bukan sahaja mendapat perhatian daripada peguam ini, malah ia juga telah mengundang rasa kecewa seorang pendakwah terkenal Ustaz Rozaimi Ramle.

Fn22U25Agauppvu

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang mencadangkan untuk mengambil pekerja 7E yang diserang Kak Long ini sebagai panel jemputan atas kesabarannya menangani ‘ujian’ daripada pelanggan.

Komen Kaklong

Jangan cepat melenting semua…program pun belum ditayangkan katanya…mungkin pihak produksi ada sebab mereka tersendiri untuk panggil Kak Long ni jadi tetamu khas. Kita husnudzon ya…

Baca: “Tak ada orang lain ke?”- Pemilik Kedai Dikecam Kerana Gunakan Kak Long Viral Review Makanan

Baca Kaklong

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.