“Tak waras mano lah dia tu” – Anak Lembam, Bapa Remaja Pijak Al Quran Sedih Netizen Kecam Sesuka Hati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak waras mano lah dia tu.”

Itu penjelasan bapa kepada remaja perempuan yang dikecam netizen seluruh Malaysia selepas video menunjukkan dia memijak Al Quran viral di media sosial minggu lepas.

Menurut bapanya, keluarga mereka sangat kecewa dan sedih dengan cacian dan tohmahan yang dilontarkan netizen kepada anak serta mereka sekeluarga tanpa mengetahui hal yang sebenar.

Melalui satu rakaman yang viral dekat Facebook sejak semalam, bapa remaja yang dipaksa pijak Al Quran tu memberitahu anaknya yang berusia 17 tahun itu ada status Orang Kelainan Upaya (OKU) atau lembam.

Gadis itu dikatakan tidak bergaul dengan orang lain seusia dengan dia dan suka berkawan dengan kanak-kanak.

Pemikiran dia lurus bendul…macam budak-budak. Dia main dengan budak-budak, dia jarang bercampur dengan budak-budak besar.”

Ketika ditanya jika dia kenal dengan pemuda bernama Irwan seperti yang disebut remaja-remaja dalam video sebelum ni, bapa remaja perempuan itu akui tidak mengenali lelaki itu.

Tak kenal, tak pernah tengok pun lagi jantan tu. Dia duduk kampung mana pun saya tak tahu.”

Selain bapa remaja itu, kakak dan neneknya juga turut ditemubual dan difahamkan, kakaknya adalah individu yang membuat laporan polis lepas video adiknya viral.

Katanya, dia terima video tersebut daripada salah seorang rakan dan terus bertanya pada adiknya sebelum remaja itu mengaku individu dalam video tu adalah dirinya.

Adik saya jenis lurus bendul. Kami tak ajar pun dia buat macam tu. Sekali lagi, saya minta maaf banyak banyak. Saya sedih dengan keadaan adik saya.”

Saya tanya dia..dia cakap dipaksa untuk memijak Al Quran tu. Kalau tak pijak Al Quran tu, dia diugut untuk si Irwan membuat sesuatu kat dia.”

Dia cakap dia tahu tak baik untuk pijak tapi dia dipaksa untuk pijak.”

Tonton video temubual keluarga remaja itu di bawah:

Siapa Irwan?

Dengarkan Luahan dan Penjelasan sebenar dari keluarga remaja yg pijak Al Qurankredit: Live Kelate Kito

Posted by Bujang Lapok on Saturday, July 20, 2019

 

Baca: “Asal kijo bod*h jah ore kelate”- Netizen Kecam Gadis Bertudung Pijak Al-Quran Untuk Buktikan Dia Disetubuhi Lelaki?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!