in

“Tak tumbuh misai pun” – Safiey Illias Kongsi Pengalaman 5 Hari Dalam Lokap, Tak Mandi Tapi Tetap Kena ‘Pose’

Kes Safiey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Safiey Illias telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes amang seksual dan komunikasi secara lucah membabitkan kanak-kanak di bawah umur.


Walau bagaimanapun, Safiey menerusi sesi live di Instagram yang diadakan Rabu lepas telah memaklumkan bahawa dia sudah pun dibebaskan selepas ditahan reman selama 5 hari.

Safiey 3

Menurut Gempak, usahawan kosmetik ini juga memberitahu yang dia telah mendapat layanan yang baik sepanjang berada di dalam lokap.

“Saya ditahan bersama Fifi, kami tak nampak tahanan yang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang. 

“Seksa tau 5 hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada selimut atau berbantal. Berbantalkan lengan saja. 

“Makan macam gelandangan sikit, tapi okaylah tak ada masalah pun. Kami diberi makan 3 kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang,” katanya.

Safi 720X470 1

Tambah Safiey, ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang dibekalkan isterinya dan sebagai balasan Safiey membantu basuh pinggan.

Sepanjang 5 hari itu juga kami tidak mandi sebab nanti nak kena basuh rambut. Cuma, muka cucilah pagi-pagi macam biasa. Kita tetap kena pose,” katanya lagi.

 

Ditahan 5 hari, misai tak tumbuh langsung

Cerita Safiey lagi, dia telah ditahan di kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai polis Bangi untuk siasatan.

Malah dia juga memahami akan tugas polis dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama pada ketika itu.

“Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang dengan beg plastik sahaja dan tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar dari lokap saya kena buang bra sebab bawa malang. 

“Mujurlah saya juga bukan orang yang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang tahanan. 

Gituy

Perkara yang saya risaukan adalah layanan polis, saya takut hak asasi saya dicabuli. Selagi mereka berlembut, saya tiada masalah. Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna Malaysia (SUHAKAM). 

“Kita bukan pondan-pondan tak cerdik,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Safiey juga memberitahu yang mereka dilepaskan kerana pihak polis tiada keputusan mengenai kes tersebut dan mereka juga tidak boleh mendakwanya di mahkamah.

Safiey Ilias 0801

Jadi pihak polis tidak boleh mereman lagi kerana sudah maksimum tempoh. Oleh sebab itu juga remannya ditolak dan dia juga tidak perlu membayar ikat jamin untuk keluar.

“Sepatutnya reman saya cuma 3 hari, tapi 2 hari selanjutnya saya beri muka. Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama 5 hari, jadi harapnya tiada lagi isu berbangkit,” katanya.

Menurutnya lagi, tempoh 5 hari dalam tahanan tersebut telah memberikan kesedaran kepadanya dan rakan, Fifi atas apa yang berlaku.

Semoga Safiey insaf dan tak mengulangi kesilapan yang telah dia lakukan. 

Baca: “Please unfollow if ur 21 below” – Safiey Illias Private Akaun Instagram Lepas Viral Isu IG Live Dengan ‘Underage’

Un

Sumber: Blog
Sumber: Facebook
Sumber: Projek MM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.