in

Tak Terurus & Nampak Kurus, Netizen Terkejut Tengok Keadaan Panda Di Zoo Memphis

1Panda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zoo adalah tempat untuk kita melihat haiwan dengan lebih dekat. Selain itu, kita juga boleh melihat haiwan yang rare dan yang hanya kita lihat di kaca televisyen atau buku. Salah satu haiwan yang rare untuk dilihat di zoo ialah panda.


Beruang panda adalah haiwan yang berasal dari China dengan bulu berwarna hitam dan putih diseluruh badan.

Tidak dinafikan, haiwan ini sangat comel dan mampu menarik perhatian setiap orang yang memandangnya.

Namun, lain yang berlaku kepada panda dalam jagaan Memphis Zoo, Amerika Syarikat. Panda yang diberi nama Yaya kelihatan sangat kurus dan tidak terurus. Korang boleh tengok sendiri dalam video @hasutbeli kat bawah ni.

 

Reaksi netizen

Rata-rata netizen bersimpati selepas melihat keadaan panda di Memphis Zoo dalam video di atas. Mana tidaknya, Yaya kelihatan sangat tidak terurus dan sangat kurus. Min tengok pun kesian dekat Yaya ni.

Screenshot 172Alaa jangan lah pukul rata. Yang nak jaga alam sekitar dan tak jaga haiwan dalam zoo ni mungkin orang lain. Cuma min pelik gak, kenapa penjaga zoo abaikan Yaya sampai macam tu.

Screenshot 173Yang ni min setuju sangat. Awal bulan haritu min tengok panda dekat Zoo Negara memang lain sangat dengan keadaan Yaya dekat Memphis Zoo ni. Panda dekat Zoo Negara nampak bersih dan sihat je. 

Screenshot 174Sekali pandang Yaya dalam video ni salin tak tumpah macamorang pakai costume panda. Kurus sangat. Entah cukup ke tak makanan tu, atau Yaya stress dekat dalam tu. 

Screenshot 175Min pantang sikit tengok haiwan kena dera macam ni. Tapi sebab jauh sangat dari tempat kita, yang boleh buat hanya geram je lah kan. Nak marah sangat pun tak guna juga. 

Baca: Bunuh Puluhan Kucing, Suspek Sebenarnya Lelaki Yang Cintakan Haiwan – Jiran

Screenshot 176

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.