in

Bunuh Puluhan Kucing, Suspek Sebenarnya Lelaki Yang Cintakan Haiwan – Jiran

Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan! Itulah yang boleh penulis katakan tentang penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.


Penganalisa Jenayah Haiwan yang juga Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, kejadian itu dibongkar susulan aduan penduduk sebuah kondominium berhubung bau busuk di kediaman berkenaan.

Selepas diperiksa, rumah tersebut dihuni oleh seorang lelaki yang berusia 30-an. Bukan itu sahaja, pemilik rumah yang memeriksa kediamannya juga terkejut setelah menemui puluhan rangka, bangkai dan organ kucing di dalam rumah sewanya.

Hasil pemantauan juga mendapati keadaan dalam rumah sewa itu juga amat teruk dan mengerikan. Macam dalam filem pembunuh bersiri!

Bangkai Kucing
Kredit gambar: bernama

Tetapi, lain pula kata jiran suspek. Menurutnya, lelaki terebut adalah seorang pembersih. Suspek juga dikatakan pandai menjaga rumah dan juga seorang pencinta kucing.

“Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus serta macam tidak terurus.”

“Sebelum ini saya ada bercakap dengannya dan bertanya kenapa nampak kurus… dia kata dia sakit dan perlu ke hospital untuk menerima rawatan.”

Jiran suspek juga mengakui ada terbau busuk di sekitar rumahnya. Tetapi, dia sangkakan ia hanyalah bau sampah yang tidak dibuang dari rumah lain.

“Disebabkan bau busuk itu, saya laporkan kepada pihak pengurusan. Apabila disiasat di tingkat atas, bau itu tiada… sebenarnya bau itu datang dari bangkai kucing yang terdapat di depan rumah suspek yang diletakkan di dalam sebuah kotak putih.”

Penemuan itu menyebabkan pihak pengurusan dan pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis.

Kucing
Kredit gambar: bernamaucing,

Seorang lagi saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Din berkata, memang terdapat banyak kucing liar di kawasan kondominium itu namun bilangannya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin pula berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas serta telahpun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Sumber: Bernama

Baca: Polis Tutup Pusat Sembelihan Kucing, 197 Si Bulus Berjaya Diselamatkan

Bangkai Kucing

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.