in

“Tak terfikir untuk bercinta atau mencari pasangan buat masa sekarang” – Bella Nafi Ada Cinta Baru

Ba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum sudah tahu bahawa bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kini sedang giat mengorak langkah bergelar penyanyi dan pelakon.

Bakal muncul dalam tetefilem berjudul Kerusi Kecil, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabella Awang Astillah, 25, tidak pernah lari daripada usikan netizen mengenai pengganti pasangannya setelah bercerai dengan Aliff Mei lalu.


Bagaimanapun ibu tunggal kepada seorang anak lelaki bernama Ayden Adrean itu teguh dengan pendiriannya untuk tidak mencari cinta dalam masa terdekat.

Screen Shot 2019 08 25 At 10.46.45 Am
Sumber: instagram

Malah Bella turut menafikan gosipnya mempunyai hubungan dengan pelawak Zizan Razak.

Katanya, dia dan Zizan hanya berkawan atas dasar kerja semata-mata kerana mempunyai komitmen bersama dalam sebuah telefilem.

Screen Shot 2019 08 25 At 10.47.09 Am
Sumber: instagram

“Sejujurnya, sekarang ini keutamaan dan tumpuan saya sekarang hanya pada anak dan keluarga saya sahaja. Tak terfikir untuk bercinta atau mencari pasangan buat masa sekarang”

“Saya percaya pada jodoh. Kalau ada jodoh dengan yang lama, ada la. Tapi sekarang ini saya tak nak fikirkan lagi soal perkara itu”.

Menyentuh perkembangan lain, Bella dan keluarganya bakal menunaikan umrah pada September depan.

Turut serta adalah anaknya, Ayden serta teman rapat, lapor mStar Online.

8049A4A3D8A5D7F9034F39A7D649D27B 1
Sumber: instagram

“Memang dari awal lagi, saya teringin sangat nak bawa ibu dan bapa saya pergi umrah tapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya bawa mereka.

“Selain saya dan keluarga, rakan rapat serta keluarganya juga turut serta tunai umrah bersama kami”

“Insya Allah awal Sepember depan saya, Ayden dan keluarga akan menunaikan umrah, Sebenarnya sebelum bercerai dengan bekas suami lagi saya dah simpan impian ini”.

Baca: “Sampailah terjumpa ibu Bella, saya terus minta nombor telefon sebab…” – Zizan Razak Perjelas Hubungan Dengan Bella Astillah

Zibe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.