in

“Tak terfikir pun nak pergi” – Tak Sangka Rupanya Hokkaido Tu ‘Muslim Friendly’, Musim Autumn/Winter Cantik GILA!

Hokkaido

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai tak tahu, tapi Hokkaido, Jepun sebenarnya dah perkenalkan muslim friendly travel dan semakin mengalu-alukan kedatangan ramai pelancongan Islam di seluruh dunia. Baru-baru ini, admin dapat rasai pengalaman percutian 6 hari 5 malam di sana dan sepanjang percutian, admin dapat visit beberapa attractions yang best!


Kalau korang inginkan kelainan terutamanya lebih kepada pemandangan menarik serta kecantikan alam semula jadi, Hokkaido patut ada dalam bucket list korang. 

Snow Japan Gif

Korang boleh decide nak travel musim apa tapi memang kebanyakan pelancong suka dan bersetuju yang Hokkaido teramat cantik ketika musim luruh dan musim sejuk! So, nak tau apa yang best sangat dekat Hokkaido ni? Teruskan baca artikel ni.

 

Aktiviti dan tarikan pelancongan

Betul, admin ada cakap yang Hokkaido lebih kepada kecantikan alam semula jadi tapi korang jangan risau sebab ada juga aktiviti menarik lain yang korang boleh enjoy selain pemandangan menarik.

Antara aktiviti menarik yang admin dapat experience waktu trip ke Hokkaido baru-baru ini adalah:

1. Noboribetsu Date Jidaimura

Photo 18 11 2019 14 54 58

Terletak di Noboribetsu, tempat ini adalah theme park yang bertemakan samurai town. Apa yang menarik dekat sini?

  • Struktur bangunan vintage
  • Pengalaman pakai full kimono set
  • Restoran halal (dapat makanan panas-panas)

Dekat Date Jidaimura ni juga ada tiga jenis pertunjukan iaitu:

  • Ninja Show
  • Oiran Show
  • Samurai Show.

Photo 18 11 2019 14 47 57

Photo 18 11 2019 15 26 28

 

2. Noboribetsu Hell Valley

Image From Ios 3

Image From Ios 1 1

Salah satu tarikan di Noboribetsu, tak kira siang atau malam korang boleh visit tempat ni.

  • Hell Valley ni adalah tempat sumber air panas di kawasan itu.
  • Ada laluan pejalan kaki untuk sesiapa yang nak explore
  • Waktu malam pun boleh jalan-jalan sebab laluan tu terang benderang

Photo 18 11 2019 16 49 42

Photo 18 11 2019 16 46 36

 

3. Asahiyama Zoo

Okay admin suka sangat tempat ni because I love animals! Dekat sini ada bermacam-macam jenis haiwan yang korang boleh visit seperti polar bear, harimau, penguins dan anjing laut. Selain tu:

  • Boleh tengok demo macam mana dorang bagi haiwan makan
  • Dapat tengok haiwan dengan jarak lebih dekat

Photo 19 11 2019 13 37 12

Photo 19 11 2019 12 43 29

Photo 19 11 2019 12 17 40

 

4. Otaru Canal & Otaru Sakaimachi Street

  • Merupakan pusat ekonomi dan tempat pelabuhan kapal pedagang pada zaman dulu.
  • Otaru jadi salah satu tarikan pelancongan selepas pusat ekonomi dipindahkan ke Sapporo
  • Dipenuhi dengan kecantikan bangunan kedai zaman dulu
  • Banyak kedai souvernirs di sepanjang Sakaimachi Street.

Photo 20 11 2019 11 20 08

Image From Ios 4

Image From Ios 5

  • Tarikan pelancong paling famous adalah Music Box Museum
  • Otaru Canal, tempat gudang-gudang lama zaman dulu

Photo 20 11 2019 13 18 06

Photo 20 11 2019 13 20 04

 

5. Lake Shikotsu

Photo 21 11 2019 14 07 33

  • Cantik dengan pemandangan gunung ganang dan tasik.
  • Sangat luas, boleh explore sambil jalan kaki untuk dapat spot gambar menarik

Photo 21 11 2019 13 47 15

Photo 21 11 2019 13 55 30

 

Pengangkutan

Japan Rail Pass

Okay, Jepun ni yang best is setiap negeri korang boleh sampai dengan menaiki tren! Walaupun ada kawasan-kawasan yang outskirt sikit tu tak ada access to tren tapi korang still boleh explore naik bas atau kereta sewa.

Image From Ios 6

Photo 18 11 2019 11 08 06

  • Hanya pelancong boleh dapat Japan Rail Pass
  • Boleh pilih nak pass ikut hari, ada pakej 7, 14 dan 21 hari. Lebih jimat!
  • Selain beli pass, boleh juga beli tiket yang dapat reserved seat. 

Photo 20 11 2019 10 33 40

 

Hotel 

Okay, so far dekat Hokkaido ni baru ada 3 muslim friendly hotel tapi pada admin hotel ni not the biggest problem pun kalau nak dibandingkan dengan makanan kan?  Hotel muslim friendly yang dimaksudkan adalah:

  • New Otani Inn Sapporo
  • Sahoro Resort Hotel
  • Rusutsu Resort Hotel & Convention

Kalau breakfast buffet dekat hotel yang bukan muslim friendly pun, dorang jenis ada tunjuk simbol untuk bagitau kita kandungan sesuatu makanan tu. So, kalau nampak dekat situ ada gambar khinzir kita tahu lah tak halal. Senang kan?

Image From Ios 8

Photo 20 11 2019 07 00 21

 

Restoran muslim friendly

Mungkin ramai tak terfikir untuk pergi Hokkaido atau ragu-ragu sebab risau kalau tak muslim friendly. Tapi sebenarnya dekat seluruh Hokkaido tu ada 55 buah restoran muslim friendly termasuk makanan India, Indonesia dan Jepun.

Antara restoran yang admin sempat pergi adalah:

1. Ramen Yotsuba, Asahikawa

  • Tempat sangat cozy
  • Tak putus customer datang (maksudnya sedap!)
  • Mereka akan hidang ramen panas-panas

Photo 19 11 2019 11 25 01

 

2. Taisetsu Ji Beer, Asahikawa

  • Ada dapur dan peralatan khas untuk makanan khusus bagi pengunjung Islam
  • Menggunakan daging import yang fresh!
  • Ada sos pencicah halal
  • Jangan lupa buat tempahan sebelum datang

Photo 19 11 2019 17 25 10

Image From Ios 7

 

3. Donburi Chaya, Otaru

Photo 20 11 2019 12 09 10

  • Ada banyak hidangan Donburi (sejenis hidangan nasi Jepun)
  • Portion makanan yang agak memuaskan!
  • Boleh tumpang bilik di tingkat atas kalau nak solat

Otaru 1

 

4. Asia Kitchen Gapaou

  • Restoran yang serve makanan Thai
  • Dimasak oleh Japanese chef

Sapporo3

Sapporo2
sumber: instagram

 

5. The Raj

  • Orang Jepun suka makanan India, The Raj adalah salah satu restoran yang terkenal di Chitose
  • Semuanya dihidang panas dan portion memuaskan!

Photo 21 11 2019 17 15 34

Img 3148

Overall, Hokkaido memang best dan muslim friendly. Kalau korang tak jumpa surau atau masjid pun, dorang sangat friendly dan faham kita nak solat. So, most of the restaurants akan bagi korang tumpang bilik untuk sembahyang.

Kalau korang jenis suka beautiful and magnificent scenery atau nak experience musim salji yang best, Hokkaido adalah pilihan yang tepat! Trust me, korang tak akan menyesal.

Otaru Best

Kata orang, benda baik kena kongsi. So, ni admin kongsi pasal percutian dekat Hokkaido. I had so much fun, so you guys should too! 

Baca: 9 Lokasi Percutian Muslim Friendly di India. JOM!

Gateway India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.