in

“Tak tahu terminum atau dipaksa” – Pelajar M*ut Kerana Racun Di Sekolah, Ibu Bapa Tuntut KPM Buat Siasatan

pelajar maut minum racun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lebih dua bulan berlaku, kematian pelajar berusia 17 tahun, G Sarvina yang meninggal dunia selepas didakwa minum racun semasa berada di sekolah masih lagi menjadi tanda tanya buat ibu bapanya.

M Gopalan, 47 dan P Magaswari, 44, mendakwa pihak sekolah gagal memberikan rawatan perubatan segera kepada anak bongsu dari tiga beradik itu ketika kejadian pada 27 Mei lalu.


Pengarah Perundangan, Pendidikan dan Kebajikan Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy mendakwa tiada tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa bagi menyiasat punca sebenar kematian pelajar terbabit.

Ekoran itu, ibu bapa mangsa menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap kes kematian anak mereka dan pihak sekolah.

Terminum atau dipaksa minum?

Menurut Arun, kes itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk kemungkinan kecuaian pihak sekolah, kelewatan rawatan kecemasan dan wujudnya usaha menutup kebenaran.

Dedahnya, KPM hanya memberitahu mereka isu itu dalam siasatan dan tidak boleh memberi apa-apa maklumat kepada keluarga mangsa.

Artikel berkaitan: Sebar Maklumat Palsu Tentang Kes Zara Qairina, KPM Sudah Buat 10 Laporan Polis

hm368gopal 1754552792

Katanya lagi, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara namun sehingga ini tiada tindakan lanjut diambil.

“Laporan hospital mengatakan memang dia (mangsa) mati kerana racun. Dia (mangsa) minum atau dipaksa minum tak tahu. Jadi kita dah buat dua laporan polis,” katanya.

Kejadian berlaku ketika waktu rehat

Ibu mangsa yang berkongsi detik kejadian berkata, pada awalnya dia dimaklumkan oleh seorang pelajar bahawa anaknya mengalami sakit perut, namun hanya mengetahui perkara sebenar sebaik tiba di sekolah.

Kejadian itu dilapor berlaku semasa mangsa berada di dalam kelas bersama tiga pelajar lain pada waktu rehat.

Salah seorang daripada mereka kemudian memaklumkan kepada guru bahawa mangsa rebah dan mulutnya berbuih selepas dipercayai meminum racun.

Magaswari berkata, kakitangan sekolah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat membawa anaknya ke klinik atau hospital kerana prosedur operasi standard (SOP) memerlukan kehadiran ibu bapa.

Dilaporkan, Sarvina tidak dapat diselamatkan apabila meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ibu mangsa mendakwa pihak sekolah tidak memberikan sebarang rawatan kecemasan sementara menunggu ketibaan ambulans dan tidak memberikan kerjasama apabila ditanya mengenai SOP tersebut.

Apa yang mencurigakan, anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda yang pelik sebelum kejadian berlaku selain mendakwa anaknya seorang yang ceria dan rajin.

Sehubungan itu, keluarga mangsa menuntut satu inkues diadakan bagi menentukan punca kematian dan sama ada pihak sekolah telah gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.