in

“Tak suka yang cemburu buta”- Nostalgia! Sebelum Ada Tinder, Ini Cara Orang Dulu-dulu Cari Jodoh

F1 Cjodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ada antara korang yang tertanya-tanya macam mana lah agaknya kan orang-orang dulu-dulu zaman datuk dan nenek kita mencari jodoh? Zaman dulu kan belum ada internet lagi, telefon pun bukan semua orang ada.



Menurut perkongsian Twitter melayu_baru, selain dijodohkan oleh keluarga, mencari jodoh di majalah juga antara cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu untuk mencari pasangan.

Mereka yang hidup pada zaman itu akan menghantar maklumat biodata mereka seperti nama, umur, hobi, gambar dan ciri-ciri pasangan idaman mereka ke majalah.

Bidoata itu kemudiannya akan diterbitkan pada halaman mencari jodoh sesebuah majalah itu.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah ciri-ciri yang diinginkan oleh sesetengah individu di halaman tersebut sebab ada yang tulis nak lelaki gaji berapa dan gadis yang tak frust.

2 1

Lagi kelakar ada lelaki yang tulis hobinya ialah mengusik wanita seksi. Adoi, takut la wanita time tu nak mengorat dia sebab hobi dia macam pelik je kan. 

Konsep cari jodoh zaman tu macam sama je la kan dengan cara orang cari jodoh di akaun TwtJodoh di Twitter di mana kita kena bagi sikit sebanyak maklumat tentang diri kita dan juga kriteria yang diinginkan daripada pasangan itu nanti macam ketinggian mereka, tempat tinggal dan personaliti.

Ooo, macam tu rupanya cara orang dulu cari jodoh sebelum wujudnya aplikasi cari jodoh seperti Tinder dan sebagainya. 

Sumber: Twitter @melayu_baru

Baca: Nampak Lucu, Tapi Ini Antara 7 Nama Tempat Paling ‘Aneh’ Di Malaysia Yang Memang Wujud!

1 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.