in

Nampak Lucu, Tapi Ini Antara 7 Nama Tempat Paling ‘Aneh’ Di Malaysia Yang Memang Wujud!

Zz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak mendengar nama-nama tempat yang agak pelik dan ‘unik’ di Malaysia sehinggakan terfikir bagaimana orang dulu-dulu mendapat ‘idea’ untuk menamakannya seperti itu?


Percaya atau tidak, terdapat beberapa nama tempat di Malaysia ini sememangnya mempunyai nama yang agak ‘aneh’ dan melucukan yang mungkin ada antara korang yang tidak pernah tahu.

Berkemungkinan juga ramai yang tidak tahu kewujudannya disebabkan kebanyakan tempat ini letaknya di kawasan luar bandar dan telah wujud sejak sekian lama.

Dalam artikel ini, min akan senaraikan 7 nama tempat yang memang ada di Malaysia sehingga ke hari ini yang pasti akan membuatkan korang ‘sakit perut’ ketawa.

 

Kampung Bogel, Terengganu

Kg 1

Percaya atau tidak, kampung ini benar-benar wujud di Kampung La, Hulu Besut di Terengganu. Walaupun namanya telah ditukar menjadi Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, namun penduduk kampung masih lagi memanggil dengan nama ‘legendnya’ ini.

Nama Kampung Bogel ini telah dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi tau! Nama itu dikatakan berasal daripada penemuan sebiji buah durian tanpa duri pada tahun 1955. Namun, Wallahualam, kesahihan kisah itu tidak dapat dipastikan.

 

Desa Temu Jodoh, Johor

Kg 2

Ha, bagi korang yang masih single, bolehlah berpakat untuk datang menetap di kampung ini. Mana tahu kot terjumpa jodoh? Takdelah, tempat ini bukanlah tempat untuk mencari jodoh seperti yang ‘terkandung’ dalam namanya.

Tempat ini dinamakan Desa Temu Jodoh disebabkan pada tahun 1978, terdapat majlis perkahwinan telah diadakan serentak yang melibatkan seramai 24 pasangan suami isteri. Pasangan pengantin ini merupakan peserta Rancangan Tanah Muda anjuran kerajaan Negeri Johor.

Perkampungan ini telah dibuka sekitar 30 tahun yang lalu dan pada mulanya dikenali dengan nama Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek.

Pada tahun 1990, Sekolah Kebangsaan Desa Temu Jodoh telah dibina berhampiran kampung ini. Sekolah tersebut telah berjaya melahirkan barisan pelajar dalam pelbagai bidang profesional. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang bergelar usahawan muda yang disegani.

 

Kampung Imam Lapar, Terengganu

Kg 3

Ini ada sebuah lagi nama tempat yang ‘aneh’ terletak di Terengganu. Terdapat kisah yang mengatakan ada dua orang pedagang datang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan. Mereka mendapati ada seorang imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

Para pedagang itu kemudiannya memberitahu imam itu bahawa mereka sedang lapar, tetapi dia (imam) terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan ayat al-Qurannya.

Terdapat juga kemungkinan peristiwa itu diceritakan kepada orang lain sehingga wujudnya nama sebegitu.

 

Jalan Microwave Station, Sabah

Kg 4

Jika korang sedang memandu di jalan raya sepanjang 350 kilometer yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan, jangan pula korang terkejut kalau terjumpa papan tanda jalan raya yang tertulis Jalan Microwave Station, Jalan TV Station dan Jalan Ke Tangki Air.

Jalan ini dinamakan sebegitu kerana ia menghala ke arah menara komunikasi yang terletak di sebuah bukit berhampiran. Kiranya sebagai ‘penunjuk’ jalanlah.

 

Felda New Zealand, Pahang

Kg 5

Hah, korang kalau nak pergi melancong ke New Zealand, tidak perlu membazir membayar harga tiket yang agak mahal. Hanya boleh melancong di ‘New Zealand’ Malaysia sahaja.

Felda ini yang turut dikenali sebagai Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA yang terletak 10 kilometer dari Bandar Maran. Perkampungan ini mendapat sumbangan daripada kerajaan New Zealand. Bukan itu sahaja, malah juru ukur yang terlibat dalam pelan pembukaan kampung ini juga berasal dari New Zealand!

 

Kampung Penajis, Negeri Sembilan

Kg 6

Bagi korang yang tidak tahu, Kampung Penajis ini terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Nama asal kampung ini bukanlah Penajis tetapi Kampung Penajuh yang diambil sempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh.

Bukan setakat nama Penajis, kampung ini juga mempunyai pelbagai nama lain iaitu Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit, perkataan ‘Tajeh’ ini berasal dari suku kata ‘Taj’ yang membawa maksud “mahkota”.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa ‘Penajeh’ ini membawa maksud si pemakai mahkota atau mereka yang ditabalkan.

 

Kampung Batak Rabit, Perak

Kg 7

Batak Rabit merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Hilir Perak. Terletak berhampiran dengan Teluk Intan, namanya diambil sempena tentera upahan Batak dari daerah Batak di Sumatera yang dibawa masuk oleh Raja Laut semasa perang saudara dengan Selangor antara tahun 1867 hingga 1874.

Walau bagaimanapun, kini Kampung Batak Rabit hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang kecil. Kebanyakan penduduknya didominasi oleh suku kaum Batak Melayu yang berasal dari Batak di Sumatera.

Bukan itu sahaja, kampung ini juga terkenal sebagai ‘syurga’ udang galah bagi penggemar aktiviti memancing.

Itulah antara 7 nama tempat yang ‘aneh’ yang wujud di Malaysia setelah sekian lama. Terdapat pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku di sana menyebabkan ‘orang-orang lama’ ini mendapat idea untuk menamakannya.

 

Sumber: Iluminasi

Baca: 5 Undang-Undang Malaysia Yang Pelik Korang Tak Tahu Pun Wujud. No 4 Korang Mesti Pernah Buat!

Baca List

Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.