in

Tak Suka Berdiri Lama? ‘Hire’ Je Tukang Beratur Profesional Ni Dengan Bayaran RM114 Sejam

Beckitt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, bila nampak je ada barisan panjang di hadapan sesebuah premis tu memang auto cancel terus nak pergi ke kedai tu. Tapi, ada juga jenis orang yang tak kisah menunggu. Min tabik la orang yang macam ni sebab kesabaran dia tinggi betul.


Pasted Image 0 E1642297285581
Gambar hiasan

Bercakap pasal beratur ni, korang tahu tak ada seorang lelaki di United Kingdom ni yang jadikan beratur untuk orang lain sebagai kerja part-time? Boleh tahan lumayan lah jugak sebab katanya, dia akan caj £20 (RM114.23) untuk tempoh satu jam beratur. Cuba bayangkan kalau dia diupah untuk beratur dapatkan tiket bola ke atau tiket konsert, berapa jam tu dia boleh caj klien dia?

Freddie Beckitt, 31, sudah bekerja separuh masa sebagai Tukang Beratur Profesional di London selama tiga tahun. Jelas lelaki yang turut bekerja sebagai penulis fiksyen sejarah ini, dia selalunya dapat banyak job untuk beratur semasa hari perayaan atau semasa ada konsert atau mana-mana persembahan.

Beckitt E1642297445136

Kata Beckitt yang berasal dari barat London, dia pernah diupah selama 8 jam untuk beratur bagi pertunjukkan Christian Dior oleh sepasang suami isteri yang masing-masing berusia pertengahan 60-an.

“Saya cuma kena beratur 3 jam saja tapi klien mahu saya ambilkan tiket mereka dan tunggu mereka tiba. Jadi untuk baki 5 jam tu, saya hanya berjalan-jalan dalam muzium lokasi pertunjukkan terbabit secara percuma.”

Terang Beckitt lagi, kliennya kadangkala berlatar belakangkan keluarga yang sibuk dan pesara tua yang mahu seseorang beratur untuk mereka terutama sekali semasa musim perayaan di musim sejuk dan musim panas dimana banyak festival dan konsert diadakan.

Selain menawarkan khidmat sebagai Tukang Beratur Professional, Beckitt juga menawarkan servis menjaga haiwan peliharaan, membantu mengalihkan barang untuk pindah rumah, membeli barangan keperluan harian dan berkebun.

Kata Beckitt lagi, walaupun dia tak dapat caj lebih £20 sejam, dia tidak kisah kerana baginya pekerjaan sampingan itu sesuai dengan jadualnya sebagai seorang penulis selain ia tak perlukan apa-apa kemahiran spesifik.

0 Uk Chancellor Offers 1 Billion For Companies Facing Losses Due To Covid E1642297514263
Gambar hiasan

Dalam pada itu, Beckitt mendedahkan, dia pernah menerima bayaran hingga £160 (RM913.85) sehari sebagai Tukang Beratur Profesional.

Sumber: The Sun

Baca: “Lama beratur” Gadis Luah Rasa Kecewa Ayah Guna Cawan BTS Meal Untuk Simpan Cacing

Cover 10 E1642295655880

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.