in

“Tak sesuai buat PRU-15 masa musim tengkujuh” – Menteri Kesihatan

Banjir Tak Sesuai Buat Pru15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, kecoh diperkatakan netizen di media sosial berkaitan kebarangkalian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar pada musim banjir melanda.


Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan semalam menjelaskan bahawa tidak sesuai bagi PRU15 diadakan pada musim tengkujuh kerana pelbagai kekangan, lapor Berita Harian.

Banjir Rm10 Terkesan Pixlead Re

“Bagi KKM memanglah dari segi kesesuaian pilihan raya waktu banjir tak sesuai” 

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, biasanya apabila banjir, banyak tenaga kerja yang diperlukan pada PRU akan dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS) dan pemindahan mangsa bencana berkenaan.

Selain itu, kemudahan yang juga akan digunakan untuk proses pengundian juga ada di antaranya menjadi PPS untuk menempatkan mangsa banjir.

Khairy Jamaluddin 120522

Lazimnya, kita elak pilihan raya pada waktu banjir. Ini ambil kira faktor keselamatan, tenaga kerja dan faktor kesihatan.

“Apabila berlaku banjir, akan ada peningkatan penyakit berjangkit, penyakit bawaan air akan meningkat, macam-macam penyakit berjangkit. Itu memerlukan rawatan dan tidak termasuk demam, selesema.

“Bagi KKM memanglah dari segi kesesuaian pilihan raya waktu banjir tak sesuai,” katanya.

“Biarlah Perdana MenterI umumkan kerana beliau berhak tentukan tarikh” 

Dalam pada itu, Mesyuarat Jemaah Menteri semalam juga memberi bayangan bahawa PRU15 tidak akan diadakan ketika negara berhadapan dengan musim banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata mesyuarat yang berlangsung itu banyak memberi tumpuan kepada persediaan untuk menghadapi banjir di negara ini.

Biarlah Perdana Menteri yang umumkan kerana beliau berhak untuk menentukan tarikh (PRU15) yang sesuai.

“Kita memahami berkaitan bencana banjir dan Perdana Menteri juga mengambil kira atas nasihat daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Di media sosial, cerita mengenai masalah banjir ini sudah jadi bermacam-macam (cerita), ada yang mengatakan pada Oktober, November dan Disember ini.

“Seeloknya, sumber yang tepat itu biarlah dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Apa-apapun kita tunggu sahajalah pengumuman dari PM sendiri kerana urusan mengenai pembubaran Parlimen dan pilihan raya ini memang berada di bawah bidang kuasa PM. 

Baca: Ibu Bapa Mangsa Scam Kerja Luar Negara Buat Demonstrasi, Ini Respon PM

Ft Sindiket Tipu Kerja Luar Negara

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.