in

Tak Serik Dikecam, Shah Jaszle ‘Upload’ Video Tunjuk Emma Maembong Tepuk Punggung Pulak?

Collage 17

Macam dah lama tak tengok pelakon yang pernah menjadi kegilaan ramai dulu, Shahz Jaszle beraksi di kaca TV kan?

Tapi baru-baru ni agak kecoh di media sosial apabila Shahz telah memuat naik video menunjukkan aksi dia menari bersama dengan Emma Maembong sambil berpelukan mesra.

Video yang dimuat naik di TikTok peribadi Shahz Jaszle ini jelasnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen lebih-lebih lagi mengetahui status kedua-dua pelakon ini yang telah pun berumahtangga.

@shahzjaszle

#weddingtiktok2022

♬ original sound – Shahzjaszle – Shahzjaszle

Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen mengatakan kemesraan yang ditampilkan di antara Emma dan Shahz ini melampau walaupun ianya untuk penggambaran drama.

Screenshot 2022 08 09 At 12.40.34 Pm Down

Walaupun rata-rata netizen telah mengecam aksi mesra dua pelakon ini, Shahz dilihat tidak terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan.

Ini kerana, sebentar tadi Shahz telah kongsikan video di sebalik tabir penggambarannya berlakon bersama Emma.

@shahzjaszle

#BTS #fyp #shooting with @emma_maembongofficial video by @miezailani

♬ original sound – Shahzjaszle – Shahzjaszle

Dalam video terbarunya ini kemesraan mereka makin ditonjolkan apabila terdapat klip menunjukkan lelaki ini memeluk heroinnya serta satu klip menunjukkan Emma menepuk punggung Shahz Jaszle.

Hm, maybe Shahz anggap Emma macam adik dia kot?

 

Baca: “Lain macam” – Pakai Singlet Ketat, Fesyen Terbaru Emma Maembong Dikritik Netizen

Screenshot 2022 08 09 At 12.55.14 Pm