in

“Lain macam” – Pakai Singlet Ketat, Fesyen Terbaru Emma Maembong Dikritik Netizen

Emma Maembong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dahulu Emma Maembong pernah mencetuskan kontroversi seperti pernah dilihat mesra bersama Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Syed Saddiq. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah ambil keputusan untuk buka tudung selepas sekian lama berhijab juga meraih perhatian netizen.

Baru-baru ini, nama artis ini kembali menjadi bualan hangat netizen di laman sosial apabila dia ada memuatnaik video dengan penampilan yang dikatakan seksi dan mencolok mata.


Menerusi perkongsian video di Instagramnya @emma_maembongofficial, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah. Dia juga kelihatan berwajah baru apabila mengubah gaya rambut kepada warna biru serta bertocang panjang.

Emma Embong

Sebelum ini, Emma pernah beberapa kali menerima kritikan berhubung isu pemakaiannya tapi dia sendiri ambil keputusan untuk tidak menghiraukan komen negatif dari orang ramai. Difahamkan Emma kini bersama keluarga dan kenalannya tengah bercuti di Bali, Indonesia

Ramai netizen termasuk peminat setia artis popular ini telah memenuhi ruangan komen dengan menegur penampilannya yang dilihat semakin seksi dan turut membandingkan dengan penampilannya waktu berhijab dulu.

“Kalau tertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa… ???” – Komen netizen 

Komen Emma

Terdapat beberapa netizen yang mendoakan agar artis ini mendapat hidayah Allah serta kembali menurut aurat dengan sempurna.

Tak lupa juga netizen yang memuji kecantikan Emma dan fesyen yang digayakannya dengan menyatakan bahawa walaupun sudah mempunyai, artis ini masih kelihatan seperti belum berkahwin.

Korang pula suka Emma yang dulu ke atau yang sekarang ni?

Baca: “Bulatnya mata dia!” – Kongsi Photoshoot Putera Sulung Ramai Teruja Tengok Wajah Anak Emma Maembong

Baby

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.