in

Tak Sempat Undi, Meninggal Ketika Tunggu Giliran

pru maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap rakyat Malaysia pastinya sangat teruja hari ini kerana masing-masing dapat menunaikan tanggungjawab pada negara dengan mengundi untuk PRU-14 kali ini. Tapi dalam keterujaan semua orang, kita dikejutkan dengan berita dua kematian pengundi di dua tempat berbeza.

Difahamkan, seorang lelaki dan seorang wanita rebah ketika beratur menunggu giliran untuk mengundi serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Harian Metro, wanita itu rebah dan meninggal dunia ketika sedang beratur di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai di Dungun, Terengganu.

maut
Sumber: NST

Ditemani anak sulung, beratur saluran berbeza

Rokiah Sulong, 54, yang tinggal di Kampung Pelandang ditemani anak sulungnya untuk mengundi sebelum tiba-tiba rebah pada jam 8.20 pagi. Nur Zita, 36, sedang beratur di saluran dua manakala ibunya di saluran empat.

Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka itu ibu saya, sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya. Saya bergegas ke saluran ibu dan mendapati ibu ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah.”

maut 1
Sumber: Harian Metro

Manakala menurut laporan The Star pula, lelaki itu merupakan warga emas bernama Lor Voon Chor. Ketika sedang menunggu giliran di pusat mengundi Sekolah Menengah (P) Petaling, Lor yang menggunakan tongkat itu tiba-tiba pengsan kira-kira  jam 9.30 pagi.

maut 2
Sumber: The Star

Mempunyai masalah kesihatan

Pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya tiba selepas dihubungi polis yang berada di tempat kejadian dan mengesahkan kematiannya pada jam 9.45 pagi. Kata isteri dan anak mangsa yang turut berada di pusat mengundi yang sama berkata bahawa Lor mempunyai masalah jantung dan paru-paru serta kencing manis.

Walau macam mana pun, kami rakyat Malaysia berbangga dengan semangat kuat yang ditunjukkan kedua-dua mangsa demi menjalankan tanggungjawab kepada negara! 

Baca: Apa Cite Kertas Undi Takde Cop Rasmi SPR?

cabut undi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.