in

“Tak sempat sambut hari lahir” – Kisah Pembunuhan Tragik Grace Millane Di Tangan Lelaki Yang Dikenali Di Tinder

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, ramai orang yang berjumpa jodoh melalui sosial media atau aplikasi dating seperti Tinder. Tapi, bila berkenalan dengan orang di dalam talian ni, ada risikonya yang tersendiri.


Macam kes Grace Millane, seorang pelajar kolej berusia 21 tahun dari Britain yang membuat keputusan untuk melancong mengelilingi dunia selepas menamatkan pengajiannya.

Selepas menghabiskan masa selama enam minggu di Amerika Selatan, Grace telah terbang ke New Zealand untuk bercuti di sana selama dua minggu serta menyambut hari lahirnya. Namun malangnya, dia tak sempat berbuat demikian.

Kalau korang nak tahu kisah tentang Grace Millane dan kematian tragik di tangan lelaki yang dikenalinya dari Tinder, baca dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: “Tak suka yang cemburu buta” – Nostalgia! Sebelum Ada Tinder, Ini Cara Orang Dulu-dulu Cari Jodoh

Artikel berkaitan: ‘Tinder Swindler’ Versi Malaysia? Gadis Ini Ceritakan Pengalaman Kena ‘Scam’Dengan Lelaki

Kehilangan Grace Millane

Grace Millane At College Graduation

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Lincoln, England dengan ijazah dalam pengiklanan dan pemasaran, Grace berhajat untuk mengelilingi dunia dan telah tiba di New Zealand dari Amerika Selatan untuk meneruskan pengembaraannya.

Ketika ditemubual oleh BBC pada 2018, ibu bapa Grace memberitahu bahawa mereka telah menerima banyak mesej dan gambar dari anak mereka ini sepanjang pengembaraannya. Namun begitu, semua ini terhenti pada 2 Disember, di hari lahir Grace yang ke-22.

Tiga hari kemudian, pada 5 Disember 2018, ibu bapa Grace telah melaporkan kehilangannya. Ketika itu, pihak polis Auckland bagaimanapun mengatakan tak ada bukti yang cukup untuk mengatakan ada sesuatu yang berlaku kepada gadis itu. Tapi, beberapa hari kemudian, mereka mengatakan bahawa Grace telah pun meninggal dunia.

Pada 8 Disember, pihak polis telah mengumumkan kes Grace Millane akan disiasat sebagai kes bunuh dan mula menjejak kembali pergerakan terakhir Grace.

Beberapa kamera keselamatan telah membantu untuk menjejak pergerakan Grace ketika malam dia dibunuh.

Antaranya, CCTV dari restoran tempatan dan hotel menunjukkan Grace telah keluar minum dengan seorang lelaki di tiga lokasi berlainan sepanjang malam. Kemudian, pada 9.41 malam, kamera telah melihat Grace dan lelaki yang sama di dalam lif sebuah hotel bernama CityLife.

Pihak penyiasat kemudiannya mendapat tahu bahawa Grace telah mengenali lelaki ini dari Tinder dan melihat lelaki ini telah meninggalkan komen di salah satu gambar Facebook Grace pada malam dia dibunuh.

Pembunuh Tinder, Jesse Kempson

Grace Millane With Jesse Klempson

Jesse Shane Kempson merupakan pelayan bar dan buruh berusia 26 tahun. Di Facebook, lelaki ini menggunakan nama Jesse Shane dan apabila pihak polis melihat dia meninggalkan komen di Facebook Grace pada 1 Disember, mereka telah meminta lelaki ini untuk hadir ke balai bagi disoal.

Ketika soal siasat yang pertama, Jesse dilihat sangat sopan dan mahu memberikan kerjasama. Dia memberitahu pihak polis bahawa mereka telah keluar bersama pada malam 1 Disember dan berpisah pada jam 10 malam dan tak melihat gadis itu lagi.

Namun selepas melihat rakaman CCTV, mereka tahu bahawa Jesse dan Grace telah mengambil lif untuk pergi ke tingkat tiga CityLife. Dia kemudiannya dilihat meninggalkan hotel tersebut pada keesokan harinya namun Grace tidak lagi kelihatan.

Kerana telah menipu tentang keberadaannya bersama Grace, pihak polis telah menjadikan lelaki ini suspek utama dan ditahan pada 8 Disember. Keesokan harinya, mayat Grace telah ditemui di gunung-gunung lebih kurang 12 batu luar Auckland.

Apa yang berlaku pada malam pembunuhan Grace Millane?

Jesse Kempson And Grace Millane In An Elevator

Misteri kematian Grace kemudiannya terungkai selepas pihak polis menjalankan bedah siasat ke atas mayat dan berterusan bercakap dengan Jesse Kempson.

Selepas Jesse dan Grace bertemu pada 1 Disember, mereka telah pulang ke bilik hotel Jesse di CityLife. Di sana, Grace dikatakan telah meminta untuk melakukan “seks ganas” sehingga lelaki ini terbunuhnya ketika mencekik wanita tersebut.

Tapi tindakannya beberapa jam dan hari selepas kejadian itu mengatakan sebaliknya. Menurut Sky News, pada jam 1.30 pagi, Jesse telah membuat carian online tentang “api yang paling panas” dan “ikan yang memakan daging”, serta turut melayari laman web porno dan mengambil tujuh gambar mayat Grace dalam pelbagai pose.

Keesokan harinya, Jesse telah meninggalkan mesej kepada wanita lain untuk berjumpa. Ketika bertemu, Jesse telah menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang telah meminta teman wanitanya untuk membuat seks ganas sebelum tak sengaja membunuhnya.

Kemudian, pada hari yang sama, Jesse telah menyewa satu peralatan membersihkan karpet dan membawa bagasi pakaian. Tak sampai 24 jam selepas membunuh Grace, dia telah menyeludup mayatnya di dalam bagasi dan dilihat membawa beg tersebut turun dari lif.

Pada pagi 3 Disember, Jesse meninggalkan CityLife pada jam 6.15 pagi dan berhenti di sebuah kedai untuk membeli cangkul dan menanam mayat Grace di Waitākere Ranges.

Perbicaraan Jesse Kempson

Rip Grace Millane Sign

Ketika perbicaraan, pembelaan Jesse mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku ketika seks ganas sehingga menyebabkan kematian Grace tidak diterima. Dia telah didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan parol selepas 17 tahun.

Dr. Simon Stables semasa perbicaraan mengatakan bahawa Jesse perlu meletakkan tekanan yang kuat ke atas leher Grace selama empat ke lima minit untuk membunuhnya di mana ianya mustahil untuk berlaku secara tidak sengaja.

Tak cukup dengan itu, Jesse telah melakukan beberapa jenayah seksual ganas sebelum ini. Di mana lapan bulan sebelum pembunuhan Grace Millane, dia telah merogol seorang lagi pelancong wanita Britain yang dikenali dari Tinder di dalam bilik motelnya.

Wanita tersebut tidak memberitahu sesiapa mengenai peristiwa tersebut sehinggalah dia melihat wajah lelaki ini di media ketika perbicaraan. Ekoran ini, Kesse telah didapati bersalah kerana merogol dalam satu perbicaraan lain.

Selain itu, beberapa wanita lain turut tampil ke depan dengan kisah mengenai sikap Jesse. Dia memberitahu salah seorang dari mereka bahawa dia sukakan kaki, mendominasi dan cekik kerana ia membuatkan dia merasa superior dan terkawal.

Di perbicaraan ketiga, Jesse sekali lagi didapati bersalah kerana menyerang bekas teman wanitanya ketika tinggal bersama. Dia telah mengugut wanita tersebut dengan pisau dan memaksanya untuk melakukan aksi seks yang tidak disenangi.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.