in

“Tak sangka sebab anak saya dijaga baik” – Wanita Terkejut Dapat Tahu Pengasuh Anak Rupa-Rupanya Penagih Dadah

Penagih Pengasuh

Normal bagi pasangan suami isteri yang bekerja menghantar anak mereka kepada pengasuh untuk dijaga sehingga ke petang. Tapi, alangkah terkejutnya seorang wanita ini apabila mendapat tahu pengasuh anak mereka terlibat dengan benda haram.

Menurut Berita Harian, wanita bernama Nor itu tidak menyangka pasangan suami isteri yang mengasuh anaknya rupa-rupanya adalah penagih dadah. Sebelum ini, mereka berjaya merahsiakan perkara itu sejak kali pertama Nor menghantar anaknya, lapan bulan lepas.

Namun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar apabila Nor dihubungi pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu dan dimaklumkan bahawa anak lelakinya yang berusia 4 tahun berada di pejabat AADK. Pasangan tersebut telah ditahan di rumah mereka dekat Taman Mahsuri, Jitra dan ujian saringan awal mendapati pasangan suami isteri itu positif methapetamine.

Pengasuh2

Menurut Nor lagi, dia mengenali suami isteri itu sudah lama kerana berjiran dengan ibunya. Difahamkan, Nor bekerja di sebuah agensi swasta dekat Kuala Nerang dan suaminya pula bekerja di Perak.

“Saya terkejut dan tak sangka sebab bila tengok keadaan rumahnya memang bersih dan anak saya pula dijaga dengan baik.”

“Saya tak syak apa-apa sebelum ini walaupun dia kerap pinjam duit sebab nak guna mungkin beli dadah. Saya bayar dia RM250 sebulan untuk jaga anak.”

Ketika ditahan pada jam 3 petang, pasangan tersebut berada di dalam rumah bersama dua anak mereka berusia 8 dan 5 tahun serta anak asuhan berusia 4 tahun berkenaan.

Ketiga-tiga kanak-kanak bersama pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk tindakan lanjut. Dua anak pasangan itu telah pun diserahkan kepada keluarga dan menurut pengasuh itu, dia terjebak dengan najis dadah selepas dipaksa suami yang memang penagih tegar.

Pengasuh1

“Lepas ini saya akan cuba berhenti kerana ini kali pertama saya ditahan AADK dan tak pernah lagi kena tangkap.

“Sebelum ini kami menetap di Kuala Lumpur dan suami sudah ambil dadah sejak di sana sebelum kami ambil keputusan untuk pulang ke sini untuk berubah tapi tak boleh sebab abang saya pun turut terbabit dengan dadah.”

Baca: “Hisap dadah dalam hutan” – Bapa Bawa Anak Pergi ‘Port’ Lepas Gian, Nampak AADK Lari Tinggalkan Anak Terpinga

Gian Tinggal Anak

Sumber: Harian Metro