in

“Hisap dadah dalam hutan” – Bapa Bawa Anak Pergi ‘Port’ Lepas Gian, Nampak AADK Lari Tinggalkan Anak Terpinga

Gian Tinggal Anak

Sudahlah bawa anak untuk melihatnya melepaskan gian, lepas itu tinggalkan pula sebab nak lari daripada penguat kuasa. Itulah yang dilakukan oleh seorang bapa di daerah Seberang Perai Tengah, petang semalam.

Menurut Berita Harian, seorang bapa tergamak meninggalkan dua anak lelakinya kerana mahu mengelak dirinya daripada ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan pasukan AADK telah menjalankan Op Bersepadu menggempur hutan belukar di Permatang Pauh semalam selepas membuat risikan dan mendapat maklumat awam.

Dadah2

Dalam operasi jam 6.30 petang itu, tiga lelaki yang mahu melepaskan gian menghisap dadah terus bertempiaran lari ke arah hutan bersebelahan sawah padi sebaik sahaja mereka sedar ada pihak berkuasa di situ.

Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung memaklumkan bahawa dua daripada mereka yang melarikan diri itu berjaya ditahan manakala seorang berjaya meloloskan diri namun telah meninggalkan dua anaknya di situ terpinga-pinga.

“Lebih teruk, lelaki yang melarikan diri itu meninggalkan dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun yang dibawanya ke kawasan hutan terbabit.”

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua lelaki yang ditahan pula mendapati mereka positif dadah.”

Dadah1

Kawasan hutan belukar terbabit adalah merupakan lokasi ‘strategik’ mana-mana individu untuk melepaskan gian hisap dadah yang berjaya dikesan sejak seminggu lalu. Pihak berkuasa dilaporkan telah menghantar dua kanak-kanak tersebut kepada keluarga yang terdekat demi menjaga kebajikan mereka.

Kata Elmariah, dua penagih dadah yang berjaya diberkas ketika cuba melarikan diri itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

Dadah3

Baca: Baru Habis Pantang, Wanita Menangis Lepas Suami Ditangkap Kerana Ambil Dadah

Cats 14

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook