Pernah tak anda terlelap atau terlena apabila gunting rambut kerana selesa atau letih dan mengambil masa itu sehabis baik untuk berehat.
Seorang lelaki tular apabila terlelap ketika gunting rambut selama tiga jam dan keadaan itu membuatkan barber tidak sampai hati untuk mengejutnya.
Barber berkenaan mengunting dan melakukan rapian terhadap jambangnya sehingga membuat pelanggannya terlena.
Dia tidak menjangkakan pelanggan itu akan terlena begitu lama dan berkemungkinan terlalu letih.
Sesiapa saja akan terlena sebentar dengan layanan yang baik dari barber itu.
Rata-rata komen netizen memuji sikap barber itu yang prihatin terhadap pelanggannya.