Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sekumpulan 3 orang pempengaruh membuat satu perkara yang tidak elok di mana mereka dilihat makan di sebuah restoran makanan segera sebelum memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan yang sedang tidur.
Individu yang dikenali sebagai Ram itu berkata dia tidak sangka kejadian yang berlaku pada awal pagi beberapa hari lalu dirakamkan oleh kumpulan remaja lelaki itu yang tidak dikenali serta dimuatnaik di media sosial.
“Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak menjangka bungkusan yang mereka bawa itu adalah sisa makanan,” kata gelandangan di Jalan Meldrum.
Artikel berkaitan: “Biadab & kurang ajar” – Netizen Selar Tindakan 3 Lelaki Beri Nasi & Tulang Ayam Kepada Gelandangan
Artikel berkaitan: Video Beri Gelandangan Nasi & Sisa Tulang Ayam, 3 Lelaki Boleh Dikenakan Denda RM500,000
Kata lelaki berusia 49 tahun itu, dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi sisa makanan bagaimanapun tidak memarahi remaja lelaki itu sebaliknya hanya mengucapkan terima kasih.
“Saya tidak pasti apa tujuan mereka berbuat demikian, saya hanya menyedari video tular itu selepas dimaklumkan pengunjung kawasan ini yang turut kecewa dengan perbuatan mereka.
Saya tidak pasti apa kesilapan saya sehingga mereka berbuat demikian, namun saya hanya memandang positif dan menganggap mereka adik.
Saya memaafkan perbuatan mereka dan berharap ia tidak berulang kepada gelandangan lain,” katanya.
Difahamkan, Ram yang berasal dari Perak itu sudah lama tidak bekerja dan menjadi gelandangan, dia juga memberitahu dia sudah tahu pihak berkuasa sudah mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja itu.
Ram yang fasih berbahasa Inggeris berkata, dia juga menjadi perhatian beberapa media dan pempengaruh yang tampil menemubual berkaitan kejadian.
Sumber: Harian Metro