in

“Tak sangka budak pandai ada problem”- Diari Murid Tahun 5 Undang Rasa Bimbang Sebab Berbaur Depression

Diari6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes kematian penyanyi Kpop, Sulli, jelaslah disini bahawa depression ni memang tak boleh buat main-main, ia boleh menyerang kepada semua golongan dan peringkat umur. Apabila penghidap mula berbicara dengan “bunuh diri” sebaiknya ia kena pandang serius!


Lebih parah lagi kalau ia menyerang kanak-kanak atau remaja seawal usia 11 tahun seperti murid kepada guru ini.

 

Asik-asik kena buat kerja, kena rotan, penatlah kakak”

Nampak macam remeh tapi, bila kita lihat apa yang berlaku dekat keliling kita ini, ia sepatutnya harus dipandang serius. Menurut cikgu Shafik ni, dia menjumpai diari murid darjah 5 tu ketika tengah buat spotcheck.

Difahamkan, murid tu merupakan pelajar cemerlang sekolah, tak sangka rupanya ada pendamkan 1001 masalah, mungkin tak tahu nak luahkan dekat mana.

Dalam diari tersebut, pelajar tu menceritakan tekanan hidupnya dengan ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, luahan dia tu ada ura-ura nak menunjukkan yang dia ni macam terdetik cuba nak bunuh diri.

Diari Diari2 Diari3

Meraih lebih daripada 9,000 perkongsian, kata-kata seperti “jadi lepas kakak pergi tenanglah ibu ya” telah membimbangkan netizen bimbang kerana ada ura-ura nak bunuh diri. Risau kalau dia buat betul-betul bila dah cukup matang nanti.

Cikgu Shafik dah berbincang hal ini dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, mereka sudah boncangkan hal ini dengan seorang makcik cleaner yang tinggal setaman dengan murid tersebut.

Dikhabarkan murid tersebut selalu kena pukul dengan ayahnya tapi jawapan daripada makcik tersebut susah nak percaya sebab menurut diari ni ia ditujukan buat ibunya.

Disebabkan itu, ramai bimbang kerana apa yang dipendamkan oleh pelajar ini mungkin serius, malah netizen faham kalau dia buat tindakan sedemikian, tak ceritakan kepada cikgu kaunselor sebab mereka ada pengalaman mereka sendiri.

 

Bukan semua cikgu kaunseling boleh dipercayai – Netizen

Diari4 Diari5

Ada juga netizen yang menceritakan pengalaman mereka melakukan perkara sedemikian, bahkan ada yang anggap ia sebenarnya perkara biasa kerana umurnya masih mentah dan tak faham erti kehidupan.

Hurm, tak tahu lah kadang-kadang kalau dipandang remeh pasal hal ni boleh memberi impak bila dia dah besar, tapi netizen ada ceritakan dia kena perkara yang sama tapi bila dah besar baru boleh fikir secara waras. 

Langkah terbaik cuba bincang dan ceritakan untuk faham mereka. Zaman moden ni kaedah psikologi sangat penting.

 

Baca : “Dia dikatakan alami depression” – 4 Kecaman Popular Yang Sulli Kena Ini Penyumbang Dia Kemurungan?

Sullidepress 2

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.