in

“Tak sampai sebulan makan” – Buah Pinggang Mula Rosak Sebab Makan Ubat Putihkan Kulit

Putih 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, pelbagai produk untuk memutihkan kulit dijual di pasaran dan mungkin ianya disebabkan permintaan yang tinggi daripada sesetengah orang terutamanya golongan wanita.

Bagaimanapun, seorang wanita mendedahkan buah pinggangnya hampir rosak gara-gara mengamalkan produk pemutih kulit yang dijual di pasaran.


Perut rasa kejang, doktor ingat kesan appendix

Pada mulanya, perut wanita itu terasa sakit dan kejang sebelum dia memutuskan untuk pergi membuat pemeriksaan di klinik. Doktor juga turut mengimbas di kawasan perut serta rahim wanita itu namun tiada sebarang masalah.

Artikel berkaitan: “Saya telah insaf” – Akibat Taksub Nak Putih, Wanita Alami Bengkak Hati Kesan Drip Whitening & Ubat Kurus

Artikel berkaitan: Netizen Seram Tengok Kaki Wanita Ini, Taksub Nak Kulit Putih Akibatnya...

Doktor kata perut dan rahim takde masalah maybe kesan dari operate appendix 2 tahun lepas. Takpun sebab aku kerja berdiri je.

Kemudian, doktor tersebut cuba mengimbas di sekitar buah pinggang lalu wajahnya terus berubah.

Doktor suruh tengok dekat screen. ‘Awak tengok tu belah kiri cantik, belah kanan tak cantik dah macam kecut dan paru-paru awak ada luka ni. Awak ada makan supplement ke ubat putih ke sebelum ni?’

@Nyscot7 7371013685315243271 Slide
Sumber: tiktok

Baru makan tak sampai sebulan

Wanita itu terus mengaku dirinya sedang mengamalkan produk untuk memutihkan kulit yang dibeli di pasaran. Walaupun belum sampai sebulan makan produk itu, doktor tersebut berkata buah pinggang dan paru-parunya sudah mula rosak.

Ye aku ada makan ubat putih dia jenis air dan serbuk tak sampai sebulan lagi aku makan benda tu tak sangka pulak boleh jadi sampai macam ni. Doktor kata benda tu yang buat buah pinggang dan paru2 aku jadi macam tu sebab benda tu tajam halus.. paru2 pun terluka.

@Nyscot7 7371013685315243271 Slide 2
Sumber: tiktok

Bagaimanapun, dia terpaksa membuang kesemua enam botol produk yang dibeli dan meminta orang ramai yang sedang mengamalkan produk sebegitu supaya pergi melakukan pemeriksaan buah pinggang sebelum terlambat.

So terpaksalah buang produk tu.. dah la beli sampai 6 botol. Sape2 yang ada makan ubat putih tu pergi la check buah pinggang sebelum terlambat. Jangan jadi macam aku tak sampai sebulan amalkan buah pinggang dah kecut.. aku tengok pun takut.

Doktor cuma nasihat jangan ambil ubat atau beli dari TikTok dan banyakkan minum air masak. Kalau betul nak putih beli dari farmasi.

Video tersebut telah menarik perhatian pengguna TikTok dan rata-rata daripada mereka menceritakan pengalaman masing-masing.

Putih 1 Putih 2

Moga cepat sembuh sis..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.