in

“Tak sama macam artis K-Pop”- Lelaki Kecewa Gaya Rambut Baru Tak Sama Macam Yang Diinginkan

Gaya Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti anda sering dengar kata-kata pujangga bahawa rambut adalah mahkota wanita kan? Namun, gaya rambut ini bukan hanya penting untuk kaum Hawa, malah untuk golongan Adam juga.

Ini kerana gaya rambut boleh mengubah stail kita jadi lebih kacak atau sebaliknya. Kalau salah pilih gaya, memang akan jadi pelik sebab tak sesuai dengan bentuk muka.


Kisah yang hampir sama terjadi kepada seorang lelaki ini kerana gaya rambut berwarna birunya tidak sama seperti artis-artis K-Pop.

Video pemuda berkenaan di kedai gunting rambut telah tular setelah dikongsikan di akaun Twitter Bagi Humor baru-baru ini.

https://twitter.com/bagihumor/status/1623525727323967488

Dalam video yang berdurasi selama 35 saat itu, dapat dilihat rambut pemuda berkenaan baru siap digayakan oleh tukang gunting rambut.

15

Namun, apa yang menyebabkan lelaki yang dipercayai orang Indonesia itu kecewa ialah gaya rambut barunya itu tidak sama seperti yang dibayangkan.

16

Difahamkan, artis yang menjadi pilihan lelaki itu ialah Wang Yibo iaitu seorang pelakon negara China.

Walaupun ada yang terhibur dengan rambut lelaki itu, namun ada juga netizen Indonesia yang mengatakan gaya rambut berwarna biru itu tidak menjadi kerana salah tukang gunting tersebut.

11

13

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa mungkin rambut lelaki itu sebelum digayakan seperti K-Pop memang dah sedia pendek. Jadi, bila rambut pendek, memang mustahil nak buat stail rambut macam K-Pop tu.

12 1

Selain itu, ada warganet lain yang menasihati sesiapa yang mahukan gaya rambut seperti artis Korea untuk ke salon rambut berbanding kedai gunting rambut biasa jika tidak mahu kejadian yang sama berlaku.

Ini kerana di salon, selalunya pendandan rambut adalah lebih mahir dan arif tentang gaya rambut artis terkini.

14 1

Tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa besar kemungkinan video berkenaan dibuat hanya untuk content media sosial semata-mata.

Baca: “Wuduk still sah!”- Risau Warna Rambut Tak Telap Air? Cari Pewarna Yang Ada Bahan Ini…

Untitled Design 2022 06 08T165815.048

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.