in

“Wuduk still sah!” – Risau Warna Rambut Tak Telap Air? Cari Pewarna Yang Ada Bahan Ini…

Untitled Design 2022 06 08T165815.048

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan, pastinya ramai juga yang amat menitikberatkan penjagaan serta kesihatan rambut.

Tidak cukup dengan itu, wanita juga suka untuk menggayakan dan mewarnakan rambut untuk kepuasan diri. Ikutlah minat masing-masing kan?


Untitled Design 2022 06 08T165056.799

Bagaimanapun, topik mewarnakan rambut ini dilihat agak sensitif kerana ramai yang merasakan ia adalah haram dari segi syarak tetapi menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan, mewarnakan rambut dibenarkan, namun perlu diingatkan pewarna rambut selain inai mestilah disahkan status halalnya terlebih dahulu.

Jadi apa yang membuatkan pewarna rambut itu halal?

Pewarna rambut selain inai perlu ada ciri yang telap air kerana pewarna rambut yang hanya ‘menyalut’ rambut itu yang membuatkan air tidak masuk ke dalam rambut dan ia akan menghalang air seterusnya menyukarkan muslimah untuk bersuci.

Perkongsian @chizubunny di Twitter ada menerangkan bahan apa yang perlu dilihat jika anda ingin mewarna rambut kerana banyak produk pewarna rambut yang berada di pasaran tidak menyatakan ia sah wuduk atau telap air pada packaging.

Wanita itu mengatakan pengetahuan ini dikongsikan oleh Bambang Soteto yang merupakan penggaya rambut terkenal di Malaysia.

Jom lihat apa bahan yang perlu ada dalam pewarna rambut, baru lah boleh bergaya!

#1 Ammonia 

Dye1

Ammonia merupakan bahan kimia beralkali yang digunakan untuk meningkatkan tahap pH rambut kita semasa proses pewarnaan.

Ini kemudiannya membuka cuticle rambut dan membenarkan warna masuk ke korteks (bahagian dalam rambut yang dilindungi oleh cuticle).

Bagaimanapun, mengikut thread Twitter tersebut, banyak jenama yang tidak menggunakan bahan ini kerana ia mempunyai bau yang agak busuk.

#2 MEA (Monoethanolamine) / Cocomide MEA / AMP (Aminomethylproponol)

Pada dasarnya ketiga-tiga bahan ini ia mempunyai fungsi yang sama dengan ammonia cuma ia tidak mempunyai bau yang busuk.

Ia menjadikan rambut ‘membengkak’ dan membuka cuticle untuk membolehkan resapan molekul pewarna memendap ke dalam lapisan dalam.

#3 PPD (paraphenylenediamine/p-phenylenediamine) / PTD (paratoluediamine/p-toluediamine) / TD (toluene-2,5-diamine) 

Dye2

Bahan-bahan ini bertindak balas dengan hidrogen peroksida untuk ‘mengikat’ warna pada rambut secara kekal.

Ia juga sering dicampur dengan bahan kimia lain, seperti resorcinol, untuk mencapai warna pewarna tertentu.

#4 Sodium Hydroxide

Dye3

Sodium Hydroxide berfungsi untuk melaraskan pH dan dalam produk rambut berwarna kepekatannya sangat rendah, kerana ia digunakan dengan tujuan mengimbangi pH formula dan bukan untuk mengubah suai struktur rambut.

Kesemua bahan ini akan menentukan pewarna rambut itu telap air atau tidak dan menurut thread tersebut, biasanya pewarna yang tidak perlu dibancuh tidak telap air.

‘Bleaching’ macam mana pula?

Selain itu, perkongsian itu juga memberitahu bleaching rambut juga adalah proses yang melunturkan warna rambut, bukan mewarnakan.

Bleaching Hair Stylist Color 732X549 Thumbnail 732X549 1

Jadi proses itu tidak akan ‘menutup’ rambut tetapi sebaliknya menjadikan rambut anda ‘kosong’. Tapi buat dekat salon tau, kalau tak rosak rambut nanti!

Sesiapa yang nak warnakan rambut tu take note ok!

Baca: “Bukan sebab nak tunjuk2” –  Hijabis Warnakan Rambut Dipertikai Netizen, Gadis Ini Beri Respon

Wanita Suka Warnakan Rambut Hijabis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.