Selepas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz disahkan positif, isterinya Datin Seri Haflin dan anak mereka berusia 4 tahun juga turut disahkan positif Covid-19 semalam.
Beliau menjalani kuarantin di hospital manakala isteri dan anaknya pula kuarantin di sebuah villa percutian di Bachok, Kelantan. Melalui Instagram, Haflin menunjukkan dia meluangkan masa bersama anaknya di pantai yang hanya terletak di hadapan villa terbabit.
https://www.instagram.com/p/CKQO_O0h59E/
https://www.instagram.com/p/CJ5E-nPF419/
Ramai netizen meluahkan rasa cemburu kerana lokasi kuarantin Ahli Parlimen Padang Rengas itu sememangnya jadi impian ramai orang. Antara aktiviti yang dilakukan Haflin bersama anaknya selain bermain di pantai adalah berbasikal dan menunggang kuda.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang berkata Haflin sengaja menunjuk-nunjuk kepada pengikutnya di Instagram. Menurut seorang netizen, Haflin memang nak ‘show off’ dia menjalani kuarantin dengan cara yang mewah di media sosial.
Tengah show off ka tu hahahaha…”
https://www.instagram.com/p/CJ2XcYPlv0J/
Haflin kemudian membalas dan memuat naik screenshot mesejnya terhadap individu tersebut di instastory. Bagi yang tidak tahu, Villa Danialla Beach Resort itu adalah tempat percutian milik arwah ibunya. Kata Haflin,
Kalau sakit hati janganlah tengok. Ini rezeki saya. Villa Danialla Beach Resort ini milik arwah ibu saya dan kini ia milik saya. Jadi, jika kamu tidak puas hati macam orang lain tanya arwah ibu saya di kubur kenapa dia bagi wasiat dekat saya.”
Haflin berkata kawasan villa tersebut ditutup kepada orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kakitangan yang negatif turut menjalani kuarantin di dalam bilik masing-masing.