in

“Best home quarantine ever” – Isteri & Anak Nazri Aziz Positif COVID 19, Kini Kuarantin di Villa Siap Boleh Mandi Pantai Lagi!

Isteri Nazri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak mengira pangkat mahupun darjat, penularan COVID 19 di Malaysia kini sudah menyaksikan beberapa figura politik negara termasuklah Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah disahkan menghidapi wabak tersebut pada Isnin lepas.


Menurut mStar, selain ahli politik tersebut, isterinya, Datin Seri Haflin dan juga anak lelaki mereka yang berusia 4 tahun juga disahkan positif COVID 19 semalam. 

Haflin 3

Susulan berita tersebut, Haflin mendedahkan yang dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah villa di Kandis, Bachok, Kelantan.

“Saya baik-baik saja, sedang jalani kuarantin di rumah. Saya, anak dan pembantu dijangkiti Covid-19 tahap 1 dan akan menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Saya perhatikan, anak pun tak alami demam atau batuk-batuk. Saya pastikan dia kekal aktif… bagi vitamin, minum banyak air dan buah-buahan.

Haflin 4

“Saya yang bawa Datuk Seri (Nazri) ke hospital pada malam tiga hari lepas. Saya cuba buat saringan, hubungi semua hospital di Kota Bharu tapi hari dah malam.

“Jadi saya perlu tunggu sehinga esok pagi. Semua pembantu, pemandu saya bawa sekali buat saringan. Tengah hari Selasa saya disahkan positif,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bersama staf yang dikuarantin berada di dalam villa tersebut yang sudah ditutup kepada orang ramai semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.

 

“Best home quarantine ever” 

Haflin juga pada masa yang sama telah berkongsi di Instagram keadaan dirinya menghabiskan waktu bersama keluarga di pantai dekat dengan villa yang ditempatinya memandangkan tiada orang di kawasan tersebut.

Menurut Haflin, lokasi tersebut merupakan tempat terbaik untuk menjalani tempoh kuarantin sehingga tamat.

Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut mendoakan kesihatannya dan ada juga meluahkan rasa cemburu melihat lokasi kuarantin isteri Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut yang ternyata begitu menenangkan.

Home Quarant

Semoga Datuk Seri Nazri Aziz dan keluarga cepat sembuh daripada wabak tersebut. 

Baca: Berita DS Hamzah Zainudin Masuk ICU & Kesihatan Merosot Akibat Covid-19 Tidak Benar, Kini Sedang Kuarantin

Ft Hamzah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.