Kita tidak akan tahu apa yang seseorang itu sedang alami dan apa cerita di sebalik kehidupan mereka.
Baru-baru ini, sebuah cerita telah tular di Facebook di mana pertemuan seorang wanita dengan bekas kliennya memberikan impak yang mendalam kepada netizen.
Perkongsian daripada Nadia Hazmi itu menceritakan dia terjumpa dengan seorang lelaki ketika dia baru sahaja keluar dari sebuah kedai serbaneka, lalu terlihat seorang lelaki tersidai di luar pintu dan hatinya terdetik kemungkinan itu orang kurang siuman.
https://www.facebook.com/PuteraRyfaelShah/posts/pfbid0xvD4vELjZizHQZ2K6nAJkaKVXYSG3EvFtZLSCduU5PqBHijVb66Xxd5C8uCnJGkQl
Namun, apa yang mengejutkan ialah lelaki berkenaan tiba-tiba memanggil namanya dengan nada yang sangat gembira, malah lelaki berkenaan turut memuji wanita tersebut kerana kelihatan kurus.
“Masih terpinga-pinga, cepat-cepat masukkan barang-barang yang dibeli masuk ke kereta. Pesan kat putera berdua, mama nak jumpa kawan mama jap kat luar tu..
Semakin akak menghampiri, terdengar suara abang-abang yang sedang mengopi di gerai sebelah.. ‘ehh jangan dekat-dekat sangat.. tu org gila!’,” tulisnya.
Tanpa mempedulikan suara-suara berkenaan, wanita itu menghampiri lelaki tersebut kerana muka lelaki itu sangat dikenali olehnya.
Bergenang air mata…
Rupa-rupanya lelaki berkenaan ialah kliennya ketika dia menjadi kaunselor dan dia mempunyai penyakit mental, apabila ditanya lelaki berkenaan sudah ketiadaan rumah dan disebabkan itu dia hanya tersidai di situ.
“‘Org tua semua dah meninggal puan, rumah takda org lain dah ambik.. sekarang tinggal kat bawah tangga kedai.. takda kerja.. tapi saya tak hisap dadah dah puan..’ ujarnya dgn wajah polos.. tulus dan ikhlas..
Tersentuh sangat rasa hati.. bergenang air mata.. bekas klien yg ini.. bukanlah mcm kita.. orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya.. terjebak dadah kerana dianiaya.. namun beginilah takdir hidupnya..,” tulisnya lagi.
Lebih manis lagi, lelaki berkenaan memberitahu dia tidak lagi mengambil dadah dan dia turut meminta wanita berkenaan untuk mengambil gambar dengannya sebagai kenangan.
Wanita itu difahamkan turut memberi sedikit bekalan buat bekas kliennya itu dan berpesan kepada netizen agar sentiasa menjadi baik dengan semua orang agar sentiasa diingati.
Sebak lah pulak…
Baca: “Taknak susahkan” – [VIDEO] Gadis Beri Makanan Pada Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak