Semalam, kecoh di media sosial tentang berlakunya kesilapan ejaan pada tulisan Expressway pada papan tanda jalan lebuhraya MEX (Maju Expressway).
Isu kesilapan salah ejaan itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan warganet kerana ramai yang mempersoalkan adakah papan tanda jalan itu tidak disemak terlebih dahulu sebelum dipacak di tepi lebuh raya berkenaan.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Rentetan kejadian kesilapan ejaan pada papan tanda jalan Maju Expressway (MEX)…
Posted by MEX Traffic – Helpline 03-83159111 on Friday, March 17, 2023
Difahamkan, papan tanda jalan Maju Expressway (MEX) itu diletakkan di tepi jalan Lebuhraya Putrajaya-Dengkil-KLIA itu kemudiannya telah diganti dengan papan tanda yang baru untuk memudahkan pengguna jalan raya tersebut.
Menurut pihak MEX, kesilapan ejaan itu berlaku ketika proses produksi papan tanda itu, lapor New Straits Times.
Sumber: New Straits Times
Baca: “Fakir kak, bukan kafir…”- [VIDEO] ‘Typo’ Pada Kotak Peminta Sedekah Ini Buat Ramai Serba Salah