Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai restoran milik pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun (UAH) iaitu Momen Kafe telah ditutup selepas beberapa tahun beroperasi akibat kerugian yang dialami.
Menurut UAH, antara sebab dia memilih untuk menutup restoran berkenaan ialah kerana mereka tidak mampu menanggung kerugian lebih kurang RM30,000 sebulan dan kos harga barang yang mahal juga menjadi antara puncanya.
@ar_rayyanchannel Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun
Artikel berkaitan: “Setiap bulan kami negatif 30K” – Hanya Beroperasi Setahun, UAH Umum Tutup Kafe
Artikel berkaitan: “Saya salute dengan dia” – Isu Babak Makam Rasulullah, Ustazah Asma’ Harun Dedah Janna Nick Ada DM
“Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah…”
Namun pengumuman itu telah mengundang pelbagai komen daripada segelintir netizen yang berpendapat seolah-olah UAH menyalahkan kerajaan atas penutupan restoran miliknya itu.
Susulan itu, UAH tampil memuat naik penjelasan di Facebook menafikan dakwaan dan berasa kecewa dengan tindakan netizen memutarbelit dan menokok tambah kenyataannya berhubung isu penutupan restoran.
Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak KERAJAAN, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian.
“Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini.
“Kenaikan kos sara hidup adalah ISU GLOBAL, bukan hanya di negara MALAYSIA. Bahkan di Tanah Suci Makkah Madinah juga harga makanan turut naik mendadak,” jelasnya.
UAH masih jaga kebajikan pekerja
Tambah UAH lagi, di samping itu, dia juga cakna dengan kebajikan pekerjanya dan keperluan mereka juga masih dijaga. Pekerja dari restoran yang ditutup akan dipindahkan ke syarikat lain.
Walaupun Momen Kafe ditutup, kebajikan mereka tetap kami jaga. Mereka akan dipindahkan ke syarikat lain di bawah Hijrah Empire Group seperti di Galeri UAH, The Luxe Malaysia, Hijrah Training, dan lain-lain.
“Sepanjang beroperasi, Alhamdulillah Momen Kafe tidak pernah lewat membayar gaji pekerja, termasuk caruman EPF, Socso, sewa, utiliti dan kos-kos tetap lain, dilakukan melalui pinjaman dana daripada Galeri UAH,” katanya.
Selain Momen Kafe, UAH juga mempunyai cabang perniagaan lain yang melibatkan syarikat penerbitan, travel dan sebagainya.
Tambahnya lagi, penutupan kafe tersebut tidak bermaksud dia mengalah namun bakal menyusun langkah yang lebih baik lagi dalam dunia perniagaan di masa depan.
Semoga terus sukses Ustazah Asma’!
Sumber: Facebook