in

“Setiap bulan kami negatif 30K” – Hanya Beroperasi Setahun, UAH Umum Tutup Kafe

Kafe Uah Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang belum tahu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun (UAH) ada menjalankan perniagaan restoran makanan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan bernama Momen Kafe.


Bagaimanapun, Ustazah Asma’ baru-baru ini mengumumkan pihaknya bakal menutup kafe tersebut selepas setahun beroperasi dan membuka kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kafe berkenaan.

Difahamkan, penutupan tersebut disebabkan telah mengalami kerugian lebih RM30,000 setiap bulan.

Artikel berkaitan: “Tempat paling suci, kenapa masuk dialog seperti ini?” – Ustazah Asma’ Harun Kritik Drama ‘Surat Dari Tuhan’

“Kami tidak mampu lagi nak menampung kerugian setiap bulan. Setiap bulan, kami negatif dalam lebih kurang RM30,000.

“Setahun kita bertahan negatif RM30,000 dan bila dihimpun lebih kurang RM300,000 lebih. Tinggal baki dalau akaun lebih kurang dalam RM2,000,” katanya di TikTok.

@ar_rayyanchannel

Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun

♬ شبل الإسلام – شبل الإسلام

Ujarnya, jumlah baki yang tinggal juga tidak mampu untuk menanggung bayaran gaji pekerja sehingga mereka terpaksa meminjam dan menjual aset serta menggadaikan barang kemas.

Tambahnya, walaupun kedainya terletak di kawasan strategik, kos operasi dan harga kos bahan mentah yang semakin meningkat memaksanya untuk membuat keputusan demikian.

“Kita nak naikkan harga kita tak sanggup padahalnya kos operasi untuk restoran lagi-lagi ada makanan laut sangatlah tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” luahnya.

333205670 1223233394954745 8588014317491314699 N 332856832 6048228771929254 4721653705972042124 N

Dalam pada itu, beliau mendakwa kesuntukan masanya mengendali kerja-kerja dakwah membuatkan dia hilang fokus pada perniagaan.

Sementara itu, netizen berpendapat kurang marketing menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenai kafe milik pendakwah ini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.