in

“Tak pernah makan sebiji macam ni” – [VIDEO] Pekerja Asing Nikmati Sebiji Epal Bila Kerja Di Malaysia Undang Sebak Netizen

Ft Pekerja Asing Enjoy Makan Epal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila melihat video yang dikongsikan oleh pemuda ini, ia membuatkan kita pasti rasa bersyukur dengan apa yang kita dah ada dan terdetik rasa menyesal kerana mengeluh apabila ada sedikit kekurangan.


Pemuda yang dikenali sebagai Roy Amor di TikTok ini dilihat begitu enjoy ketika menikmati sebiji epal, apa yang membuatkan ramai rasa sebak adalah sambil menikmatinya, pemuda yang berasal dari Medan, Indonesia yang bekerja di Malaysia ada kongsikan sesuatu yang menyentuh hati.

 

“Kalau di Indonesia, Roy tak pernah beli epal”

Umum tahu bahawa mata wang Malaysia, lebih tinggi daripada Indonesia, biarpun jika ditukar sama nilai tapi di negara sana ianya agak mahal.

Kata Roy, jika di Malaysia macam-macam dia boleh makan, tetapi di kampung halamannya ia sedikit terbatas.

Dia memberikan contoh buah epal yang dia makan, dan ia amat menyayat hati apabila dia menjelaskan bahawa ketika di Indonesia, dia tidak pernah membeli buah epal, jika ibunya bawa pulang ke rumah, sebiji epal akan dipotong kecil-kecil untuk dikongsikan sekeluarga.

“Halo Indonesia, Malaysia, korang nak tahu tak, kalau kita pergi Malaysia, ataupun kita kerja di Malaysia, semua makanan kita boleh makan, buah-buahan terutama, kita boleh makan buah naga, epal, anggur, buah lai, buah pear, durian, semua kita boleh, kita boleh makan sup ekor, tom yam, daging, udang, sotong, ketam, ikan siakap, macam-macam ikan pun kita boleh makan.

https://www.tiktok.com/@roy.amor.official/video/7136831319211805978?_r=1&_t=8VGEQKCmmbC&is_from_webapp=v1&item_id=7136831319211805978

“Kenapa? Sebab matawang Malaysia besar nilainya dibandingkan Indonesia, so kebanyakan barang di Indonesia harganya mahal, di Malaysia murah, sebenarnya sama sahaja kalau kita tukarkan Ringgit Malaysia dan Rupiah.”

“Tapi rasanya berbeza lah, contoh kita punya duit RM 100, bermacam kita beli lauk pauk, kalau macam ni kan epal, yang ada harganya RM 1, kadang RM1.50 kadang RM 2, kalau di Indonesia, Roy tak pernah beli epal, kadang-kadang mak Roy beli epal, sampai rumah dibahagikan jadi 6 jadi 4, kongsi-kongsi, potong kecil-kecil dan kongsi, tak pernah makan sebiji macam ni.”

Katanya lagi, ketika bekerja di Malaysia lah dia baru dapat menikmati makan sebiji buah epal, dalam video kelihatan Roy memang benar-benar menikmati sebiji epal ini.

Dalam masa 2 hari, video ini telah meraih 157K jumlah tontonan, rata-rata netizen sebak melihat rekasi pemuda ini.

Screenshot 2022 08 30 195700

Allahu, min pun tersentap bila tengok video ni, rasa sebak sangat bila tengok dia berselera makan Epal tu.

Baca : “Mama tak sayang adik?” – Ibu Pening Kepala Nak Jawab Soalan Anak Kenapa Tak Ada Dalam Gambar Majlis Kahwin

Thgfd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.