Anak-anak ini memang tak lari dalam memberi telatah yang melucukan apabila berada di rumah. Kadang-kadang ibu bapa sendiri pun pening kepala nak melayan kerenah anak-anak ini. Mana taknya, budak baru nak kenal dunia.
Misalnya, anak-anak akan bertanya soalan yang mungkin di luar pemikiran kita seperti “macam mana adik dilahirkan?” ataupun soalan-soalan yang membuatkan anak tertanya-tanya dari segi perspektif mereka melihat dunia.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video berkenaan seorang ibu yang merakam gelagat anaknya bertanyakan soalan yang bikin si ibu itu pening kepala untuk jawab!
Anak nangis sebab tak ada dalam gambar kahwin ibu ayah
Video berdurasi 27 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok Fatihah Sidek yang memaparkan situasinnya melayan gelagat anaknya yang menangis kerana dia melihat tidak ada dalam gambar kahwin ibu ayahnya.
@fatihahsidek Anak korang macam ni jugak ke? HAHA STRESS MEMBERR DIA TAKDA DALAM GAMBAR KAWIN IBU AYAH 😂
♬ original sound – Fatihah sidek | Woman power – Fatihah sidek | Bungasunti
Menerusi video tersebut, anak perempuannya itu menangis teresak-esak kerana mengenangkan ‘nasibnya’ yang merasakan dia seperti tidak dijemput ke majlis perkahwinan ibunya hanya kerana tiada gambar bersama. Hahaha stress dik!
“Macam mana ibu tak sayang adik?”
Si ibu pula sekali pening kepala nak menjawab persoalan anak. Walaupun sudah menjawab beberapa kali, anaknya tetap tidak memahami situasi tersebut. Bila dah terangkan boleh pula dicakapnya macam mana dirinya boleh hilang. Adoi pening dibuatnya!
“Masa tu adik belum ada lagi.” – ibu
“Macam mana adik boleh hilang?” – anak
Netizen terhibur dengan gelagat si kecil, minta anak sabar jangan stres sangat!
Video tersebut meraih perhatian ramai netizen dimana rata-rata daripada mereka terhibur dengan gelagat celoteh anaknya yang mengambil serius berkenaan ketiadaannya di majlis kahwin ibu ayahnya. Siap nangis pula tu!
Turut juga ada antara netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana anak-anak bertanya soalan pelik yang di luar jangkaan.
Tabahlah dik dunia ni bukannya selalu indah hahahaha…. Semoga para ibu bapa cekal dalam menjawab segala persoalan anak!