in

“Tu pun nak simpan?”- Ini 5 Individu yang Simpan Koleksi Peribadi Paling Pelik Di Dunia

Cats 76

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dulu-dulu pernah tak ada hobi kumpul barang contohnya macam kumpul setem, duit kertas lama, baju, kasut dan sebagainya. Orang kata kalau kita simpan barang-barang antik dan ‘rare’, peluang untuk harga dia melonjak naik sampai dua atau tiga kali ganda pada masa akan datang memang tinggi. Boleh kaya weh kalau jual balik tu.


Tapi, korang pernah tengok tak orang simpan koleksi barang-barang yang tak berapa pelik tapi kita pelik kenapa dia simpan barang itu.

Berikut merupakan 5 individu yang simpan koleksi peribadi paling pelik di dunia.

 

Koleksi Rambut Selebriti

Hobi pelik ini bermula dari seorang lelaki bernama John Reznikoff yang gemar mengumpul rambut beberapa selebriti terkenal seperti Elvis Presley, Beethoven, Abraham Lincoln, John F. Kennedy dan Marilyn Monroe.

13Hair 600

Diiktiraf sebagai pemegang rekod dunia, koleksi rambut yang dikumpul lelaki ini telah diinsuranskan dengan harga 1 juta US Dollar. Lelaki ini bangga dengan koleksi yang dikumpul olehnya kerana setiap satu koleksi menceritakan kisah-kisah penting tentang masa lalu.

Kalau kita simpan koleksi rambut selebriti pada hari ini, mungkin orang kata kita gila tapi sebenarnya pada zaman dahulu, koleksi rambut ini dianggap sama nilai dengan tanda tangan selebriti tau.

Unnamed 1

 

Kon Lalu Lintas

Juga dikenali sebagai kon keselamatan, kon ini merupakan elemen penting dalam mengawal lalu lintas serta keselamatan pengguna jalan raya. Tapi, ada seorang lelaki di United Kingdom bernama David Morgan yang mempunyai hobi iaitu menyimpan kon keselamatan ini sebagai koleksi peribadinya dan kini sudah mencecah lebih 500 kon keselamatan yang dijadikan sebagai koleksi.

14Om03Cones.jpg.gallery

Hobi pelik ini bermula pada tahun 1986 ketika dia bekerja di Oxford Plastic Systems dan ditugaskan untuk menyiasat tuntutan syarikat pesaing yang mendakwa kon keselamatan yang dihasilkan oleh syarikatnya meniru reka bentuk milik syarikat pesaing.

Walaupun sudah memiliki lebih 500 kon keselamatan, lelaki ini masih mencari koleksi kon yang unik dan pelik dari seluruh dunia untuk dimasukkan ke dalam koleksinya.

Unnamed 1 1

 

Penggaru Belakang

Pakar dermatologi profesional iaitu Manfred Rothstein mempunyai minat mengumpul penggaru belakang badan sejak dia menerima satu kayu penggaru sebagai demo daripada Atarax ketika dia menuju ke tempat tinggalnya. Sejak itu, apabila menuju ke suatu lokasi, Rothstein akan mengumpul kayu penggaru.

1522394812 Back Scratchers 0

Bukan setakat itu sahaja, dia juga menerima kayu penggaru daripada individu lain seperti dari pesakit dan rakan-rakannya yang mengetahui hobi peliknya yang suka mengumpul kayu penggaru belakang badan ini. Sehingga kini, lelaki ini sudah memiliki 675 koleksi kayu penggaru badan daripada 71 buah negara yang berbeza.

Koleksi kayu penggaru yang dimiliki olehnya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti kuku buaya serta tulang rusuk yang diukir tangan dan kaki kanggaru.

29 1

Memang tak ada masalah la lepas ni kalau tiba-tiba belakang badan gatal, boleh pilih je mana-mana kayu penggaru belakang badan yang ada.

 

Beg Muntah

Sesetengah orang akan alami kenderaan apabila menaiki kapal terbang sampai ada yang boleh termuntah. Untuk membantu individu yang ada mabuk kenderaan, pihak kru kapal terbang biasanya akan sediakan siap-siap beg muntah di setiap tempat duduk penumpang. Tapi, kalau yang tiada apa-apa masalah selalunya diorang tak usik pun beg muntah itu dan biarkan sahaja di tempat asalnya.

Tapi, Niek Vermeulen ynang berasal dari Belanda ini tetap akan mengambil beg muntah tersebut walaupun tak ada rasa nak muntah sebab dia nak simpan beg muntah itu sebagai koleksi peribadinya. Bagi Niek, beg muntah merupakan salah satu kenangan dalam setiap perjalanan ke suatu lokasi. Hobi pelik lelaki ini telah bermula sejak tahun 1986.

Gettyimages 567415371 1024X1024 1

Selepas 26 tahun mengumpul beg muntah, Niek mencipta rekod dunia dan berjaya tersenarai dalam Guiness Book selepas memiliki lebih 6000 beg muntah yang dikumpulkan dari lebih 1000 syarikat penerbangan dari 200 buah negara.

Mantap la pakcik ni mesti selalu pergi travel ni.

 

Tanda ” Do Not Disturb”

Tanda ini kebiasaannya digunakan di dalam bilik di rumah atau hotel yang bertujuan untuk beri isyarat bahawa penghuni di dalamnya tidak mahu diganggu atas alasan ada urusan penting yang perlu diselesaikan tanpa gangguan.

Do Not Disturb

Seorang lelaki dari Jerman iaitu Raainer Weichert terkenal dengan koleksi tanda ini dengan memiliki hampir 12 ribu koleksi. Hobi ini telah bermula sejak tahun 1990 apabila dia mengembara ke 188 buah negara dan mula mengumpul tanda ini yang mempunyai pelbagai reka bentuk yang unik yang berbeza dari setiap negara. Minat pelik lelaki ini telah melayakkan dirinya menjadi pemegang rekod dunia pada tahun 2014.

5 Letreros

Setiap orang ada hobi yang berbeza-beza, betul tak? Boleh ke nak jadikan pengumpul pahala sebagai hobi? Gituu hobi edisi Ramadan.

 

Sumber: Iluminasi

Baca:”Hasil titik peluh kumpul duit”- Niat Nak Hadiahkan Isteri Gelang Emas Sekali Parcel Dikoyak, Barang Kena ‘Rembat’

Capture 58

Sumber: Oxford Mail
Sumber: BmmGuru
Sumber: Getty Images
Sumber: Travel Diary

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.