in

“Tak perlu lagi aku memikirkan apa yg bukan hak aku” – Fynn Jamal Nekad Nak Tutup Semua ‘Shelter’ Mangsa Mengandung Luar Nikah?

Featured Image 8

Baru-baru ini, menerusi Instagram Fynn Jamal mengambil keputusan untuk berhenti daripada memberi sebarang bantuan berbentuk sokongan, kewangan dan bantuan lain kepada mana-mana individu yang berkenaan.

eh kenapa ni?

View this post on Instagram

latest baby yang lahir dari kes masa PKP tuari. yang aku terpaksa buat announcement kat ig tu haha. ingat tak lagi? . minggu ni lahirnya. . subhanallah secomel2 anak. putih melepak. sihat gadang. haha. mmg rezeki famili yg dpt dia. biomom pun baarakallah amat2 baik budi bicara. . settle semua. . i have been meaning to write my resignation from this all. tapi tak tau lah. mcm banyak sgt dipikirkan. kejap nak berenti. kejap tak jadi. haha. tapi tu lah tu. insyaallah. dah sedia dah ni. . bismillahirrahmaanirrahim. . alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan utk decide penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan utk semua kes2 yang biasa aku uruskan; . dari kes pregnancy luar nikah, urusan cari keluarga utk baby org susah, rape cases haruan, date rape segala apa jua— hari ini aku benar2 cuci tangan. . of course, dgn apa yg riuh di mana2, i take full responsibility dan malas dah nak panjang2kan lagi. aku kenal diri aku. the very reason yg buat aku emosi adalah kerana aku terlalu peduli. dan insyaallah. dgn berlepas tangan begini— aku tidak perlu lagi memikirkan apa yg bukan hak aku pun utk fikirkan. . jaga diri, anak2. jaga solat. . kalau tak mau mati dlm baju begitu— jgn pakai. kalau tak mau mati dlm keadaan begitu— jgn buat. . ok? kita tak bertanggungjawab pada pilihan2 salah org. tp kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih. . inilah hadiah terbesar الله bagi pada aku. ujian ini benar2 memberi ruang pada aku utk ambil this grand exit. tanpanya— susah weh. haha. been doing this sebelum kawen sampai dah ada anak dua. dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yg aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. . dialah hero sebenar dlm cerita ini. meminjamkan isterinya utk sesuatu yg tak perlu pun sebenarnya. 🙂 . never my fight. i know. but i cant help it. . semua org boleh tulis komen panjang2. aku— الله bagi rezeki, masa, duit dan peluang utk buat. . terima kasih, anak2, for understanding. kelemahan aku adalah terlalu keras. maafkanlah kalau ada ruangnya. . semoga sudi utk nampak 2 sisi aku ini: . garang sebelum jadi, lembut ketika bantu. . allahummahdi qaumin, fa innahum laa ya’lamuun. . it has been an honour to be your mom. 😉

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Menurut Fynn, ia merupakan satu keputusan sukar untuk dibuat. Namun dia percaya keputusan yang dibuat ini tidak akan menyesakkan minda memikirkan masalah sosial yang sering berlaku dalam masyarakat sekeliling.

Hari ni aku benar-benar cuci tangan

Dipercayai sebelum ini Fynn sering membantu mereka yang mengalami kes mengandung luar nikah,  kes rogol, carikan keluarga untuk bayi yang susah, dan sebagainya yang memihak pada wanita.

Selepas berhenti dari melakukan kegiatan ini, Fynn akan beri tumpuan penuh kepada keluarganya sahaja. 

Fynn1

 

Mungkin ini keputusan yang sukar namun terbaik untuk Fynn…

 

Baca: “Puan berada di pihak yang salah” – Komen Terperinci Seorang Ustaz Yang Sangkal Kenyataan Fynn Jamal

Annotation 2020 07 07 145227

Sumber: Google