Betul kata orang, kita tak perlu banyak harta dan jadi kaya untuk membuat kebaikan pada orang lain. Walaupun gaji tidak banyak mana, tapi itu tak menjadi alasan untuk kita tidak memberi.
Itulah yang dibuat oleh riders GrabFood di Tao Payoh, Singapura baru-baru ni. Geng penghantar makanan ni telah bersepakat untuk memberi sedekah kepada gelandangan.
Melalui satu posting di Facebook, salah seorang penunggang ada berkongsi kerja amal yang dorang buat tu. Kesemua riders ni berkumpul pada 13 April lepas untuk kerja kebajikan mencari gelandangan dan memberi makanan kepada mereka.
Mereka beli beberapa kotak makanan dan minuman kemudian berkumpul di sebuah pangsapuri. Di situlah dorang bekerjasama bungkus semula makanan dan minuman untuk diagihkan.
Tidak pasti berapa jumlah sebenar riders yang join aktiviti amal ni tapi kesemua yang libatkan diri tu memang komited. Lepas habis membungkus, mereka mula mencari gelandangan bermula di lorong-lorong kawasan kejiranan tu.
Mereka juga sempat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja kebajikan ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kerja amal ini dan untuk sumbangan dari segi masa, derma dan usaha untuk pastikan kerja ni berjaya.”
Ramai netizen yang tersentuh dan terinspirasi dengan kebaikan ditunjukkan oleh geng riders ni semua. Mereka juga mendoakan agar penunggang GrabFood ni semua dirahmati Tuhan.
Lagi banyak bersedekah, lagi murah rezeki kita. Tak percaya cubalah!
Baca: Mudahnya Cari Pahala! Lelaki Mandikan Gelandangan Tepi Jalan Dipuji