in

Isteri Redza Rosli Tayang Selfie Di Pejabat Agama Sambil Peluk Dokumen Cetus Tanda Tanya

Ft Redza Rosli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Status rumah tangga antara pelakon Redza Rosli dan isteriya, Bella Hanna menjadi tanda tanya setelah Bella ada muat naik gambarnya berada di Pejabat Agama Islam Hulu Langat hari ini.

Screenshot 2026 07 02 172930

Menerusi Instagram Story miliknya, Bella yang mengenakan pakaian serba hitam itu hanya menunjukkan lokasinya tanpa sebarang kapsyen dan dilihat berseorangan tanpa Redza.


Lebih menjadi tanda tanya lagi, Bella dilihat sedang memegang dokumen berwarna putih dan ramai netizen di Threads mula tertanya-tanya.

Artikel berkaitan: “Kalau tak puas hati, nikah kat pejabat agama” – Tok Kadi Ditegur Rumitkan Urusan Nikah,’Buli’ Pengantin

Artikel berkaitan: “Siapa yang call tu” – Lelaki Terbahak Bilik Diserbu Pejabat Agama Gara-gara Bersuara Lembut

Media telah cuba mendapatkan respon daripada Redza Rosli, namun panggilan dan mesej yang dihantar masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Sebagai info, Redza dan Bella berkahwin pada 21 Jun 2024 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berusia 6 bulan, Muhammad Aydrean Raedd.

Sumber : Utusan Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.