in

“Tak percaya semua 40 tahun ke atas” – Gelagat Peserta ‘Bulan Bintang Next Top Model’ Buat Netizen Terhibur

syaz ft 2025 01 24T130406.273

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena dengan 10 tahun Bulan Bintang di pasaran, jenama pakaian tempatan itu melancarkan satu uji bakat untuk mencari model baru bagi jenama itu. Uniknya, penyertaan hanya dibuka kepada peserta yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Rancangan yang disiarkan di TikTok rasmi jenama itu menampilkan juri Datuk Ramli MS atau Tok Ram, Joey Daud serta Nadhir Nasar.


Artikel berkaitan: “Gempak do!” –  Jenama Bulan Bintang Jadi Local Brand Pertama Guna 3D Anamorphic Video Di Malaysia!

Artikel berkaitan: Mahu Fokus Pada Bisnes Pai, Zahnita Wilson Tolak Tawaran RM150K Untuk Jadi Model

Difahamkan, seramai 15 orang akan dipilih untuk catwalk dalam pertunjukkan fesyen Bulan Bintang untuk koleksi Aidilfitri selain memenangi RM10,000 bagi johan, RM 5,000 untuk pemenang kedua dan RM 3,000 untuk pemenang ketiga.

Rancangan itu sudah masuk episod kedua dan telatah serta gelagat peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu sangat menghiburkan.

@bulanbintangclothing

Bulan Bintang next Top Model Episod 2 – Macam macam gaya dan kerenah ada, juri pun pening kepala nak buat keputusan😂 Korang rasa siapa yang akan terpilih untuk meneruskan perjalanan dalam Bulan Bintang Next Top Model ni? #bulanbintanghq #bulanbintangnexttopmodel

♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ – Bulan Bintang Clothing HQ

Terdapat juga peserta yang terkenal di TikTok seperti Mak Kiah, Pak Cik Tupperware serta Acik Aida.

Malah, gelagat Tok Ram serta Joey ‘mengkritik’ para peserta turut membuatkan ramai netizen yang terhibur.

cats 20

Difahamkan, penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah lagi berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.