in

“Tak peluk atau cium” – Walaupun Dalam Krisis Penularan Covid-19, Pasangan Gaza Tetap Juga Teruskan Perkahwinan

Gaza Couple

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal Mac lepas, Hamas, Gaza mencatatkan dua kes Covid-19 pertama di sana dan sejak itu kebanyakan perniagaan diarahkan untuk ditutup termasuk restoran, kafe dan dewan perkahwinan. Ramai yang membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinan mereka namun menurut Al Jazeera, tidak bagi pasangan Nabil dan Fatma ini.

Pada mulanya Nabil akui dalam dilema kerana pengumuman penutupan dewan perkahwinan itu hanya dua hari sebelum tarikh perkahwinannnya. Bagaimanapun, mereka memilih untuk meneruskan rancangan itu namun hanya mengadakan majlis kecil bersama keluarga.


Saya dan pasangan sangat terkejut. Saya ambil masa 5 bulan untuk merancang perkahwinan saya. Sukar untuk saya batal atau tangguhkan.”

Gaza1

Pasangan itu berkahwin di rumah keluarga Nabil dekat bandar Gaza dan jumlah tetamu pada asalnya 400 orang dikurangkan menjadi 25 orang yang terdiri daripada ahli keluarga pengantin perempuan dan lelaki.

Tak tahu bila larangan (perniagaan beroperasi) ini akan berakhir, jadi kami buat keputusan untuk adakan parti di rumah saja.”

Kakak Nabil mengambil alih kebanyakan tugas majlis iaitu menyediakan makanan buat tetamu serta turut menghias rumah dengan bunga plastik, belon dan dekorasi lampu disko.

Kata Nabil mereka sedar dengan risiko jangkitan serta penyebaran Covid-19 itu jadi sesetengah saudara mara membuat keputusan untuk tidak hadir ke majlis itu.

Gaza3

Namun, bagi yang hadir mereka ambil langkah berjaga-jaga dan tidak bersalaman, peluk mahu pun cium sesama mereka. Kata kakak Nabil bernama Huda itu,

Walaupun jumlah tetamu sikit, kami takut dan tetap berwaspada, jadi tiada cium serta pelukan untuk ucap tahniah.”

Menurut pengantin perempuan pula, Fatma, pada mulanya dia berasa kecewa kerana tidak dapat adakan majlis besar-besaran di dewan perkahwinan namun lega kerana kehidupannya selepas berkahwin tidak terbeban dengan hutang.

Saya menangis banyak kali kerana tidak dapat buat majlis di dewan perkahwinan tapi sekarang saya sangat gembira dengan majlis yang telah berlangsung dan dengan itu jumlah perbelanjaan berkurang bermakna kami akan hidup dengan kurang bebanan hutang.”

Gaza2

Baca: “Patut kena sebat dorang ni” – Remaja 15 Tahun Antara 30 Yang Ditahan Buat ‘Private Party’ Dalam Aparment Di JB

Collage 71

Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera
Sumber: Al Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.