in

“Sembang pun dalam game” – Anggota Polis & Tentera Udara ‘Jumpa’ Dalam PUBG, Jatuh Cinta & Berkahwin

Pubg On

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PUBG on!”

Itulah yang selalu disebut oleh mereka yang gilakan game PUBG kan? Mesti selalu nampak kalau lepak mana-mana, akan ada table yang khusyuk pegang phone main PUBG beramai-ramai. Ketagih sungguh ye! Tapi, melalui PUBG ni sebenarnya boleh juga jumpa kawan baru. Macam yang terjadi dekat 2 individu ni di mana mereka bertemu jodoh selepas ‘berjumpa’ melalui PUBG.


Pubg
gambar hiasan

Menurut mStar, Irna Izzany Khairuddin, 24, seorang pegawai polis disatukan selepas berkenalan dan jatuh cinta dengan suaminya, Mohd Azmil Shahrizal Harun, 24, seorang tentera udara.

Mula-mula kami main game Rules of Survival, selepas tu baru main PUBG. Kami banyak komunikasi dalam game je.”

Lepas tu bertukar-tukar nombor telefon, tu pun sebab nak on game sekali. Kenal pun dalam bulan Mei tahun lepas.”

Hujung tahun kami bertunang dan Jumaat lepas kami nikah.”

Pubg3

Pubg1
sumber: mstar

Kata pasangan ni, keluarga pada mulanya terkejut bila diberitahu mereka berkenalan melalui PUBG. Begitu juga rakan-rakan, mereka tak sangka permainan video boleh menyatukan pasangan ini.

Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game? Kawan-kawan pun ada yang terkejut.”

Dah jodoh jumpa dalam tu. Mak ayah pun terkejut, tapi mereka kata benda baik, teruskan jelah.”

Main game ni sebenarnya atas diri kita. Kena pandai atur masa. Janganlah sampai waktu kerja pun nak main game.”

Pubg2
sumber: mstar

Irna atau mesra dipanggil Dikna bertugas di Rompin manakala suaminya bertugas di Kepala batas, Kedah. Bukan setakat cinta jarak jauh tapi lepas kahwin pun mereka terpaksa berjauhan.

Tapi, dengan PUBG mereka tentunya akan sentiasa berkomunikasi! Kata Dikna perkara itu tiada masalah kerana dah terbiasa masa sebelum kahwin.

Banyak sembang dalam game. Saya main game dulu pun sebab bosan, kerja jauh dari keluarga.”

Bila cuba main game tu, jumpa kawan-kawan baru, boleh kenal ramai orang dan boleh sembang-sembang.” 

Siapa kahwin lepas kenal dekat PUBG jugak?

Baca: Gila Sangat PUBG, Selamba Pengantin Lelaki Main Masa Tengah Bersanding

Kahwin Main Pubg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.