in

“Tak payah sibuk hal orang!” – Kena ‘Sound’ Dengan Netizen Sebab Suka Hati Ambil Gambar Orang Lain dan Sebarkan

Pasangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang wanita upload gambar suami isteri yang dia ambil waktu pergi makan di sebuah warung. Tidak dinyatakan di mana lokasi tetapi dalam tweet tu, dia menceritakan pada netizen apa yang berlaku semasa kejadian.


Kiranya keseluruhan tweet tu, dia menuding jari dan salahkan si suami dek kerana beberapa sebab yang menurut dia tak sepatutnya berlaku.

Si isteri tengah pegang baby sementara suami makan. Lepas tu, suami tinggalkan isteri dan anak pergi merokok. Dia datang semula dan ambil baby dan bagi isteri makan. Apa yang salah di sini?

Pasangan1
sumber: twitter

Lepas tu wanita ini pun senaraikan satu per satu kesalahan yang berlaku pada suami isteri tu. Menurutnya, ini adalah kesalahan yang dilihat:

  1. Makanan isteri dah sampai dulu tapi dia pilih untuk bagi anak makan dulu.
  2. Makanan suami sampai kemudian.
  3. Kenapa suami tak bagi isteri makan dulu dan tolong pegang anak sementara tunggu makanan dia sampai?
  4. Dia kelam kabut nak pergi merokok dan biarkan isteri tunggu lagi.
  5. Isteri yang bayarkan makanan.
Pasangan2
sumber: twitter

Walaupun ada yang sokong dengan apa yang wanita ni kata, tapi ramai netizen yang tak berpuas hati dan kutuk tindakannya ambil gambar pasangan tu sesuka hari dan sebarkan dekat media sosial.

Bukan tu je, dorang pun salahkan dia sibuk pasal hal orang lain dan ‘judge’ apa yang berlaku tanpa mengenali pun pasangan tu. Maksud netizen, biarkan jela sebab itu antara pasangan tu tak perlulah nak sebarkan.

Salah1
sumber: twitter

Netizen juga cakap lebih baik dia pergi je tegur sendiri lelaki tu pasal merokok daripada ambil gambar dan sebarkan semata-mata sebab nak perhatian dan retweets.

Salah2
sumber: twitter

Apa pendapat korang? Cuba share dengan admin…

Baca: “Bila kena kecam, baru nak rasa bersalah” – Kutuk Bomba Kaki Tidur, Makan & Tak Berguna, Lelaki Ni Kena Hentam Dengan Netizen Sampai Serik!

Malu Padan Muka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.