in

“Bila kena kecam, baru nak rasa bersalah” – Kutuk Bomba Kaki Tidur, Makan & Tak Berguna, Lelaki Ni Kena Hentam Dengan Netizen Sampai Serik!

Malu Padan Muka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sangka banyak pulak perkara yang berlaku dalam dua tiga hari ini. Dalam kita sibuk dengan kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang yang melibatkan kereta SUV terjunam ke dalam laut, ada pulak mereka di kalangan netizen yang buat hal.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang lelaki dikecam kaw-kaw netizen lepas sesuka hati mengutuk anggota bomba yang melakukan tugas di tempat kejadian. 


 

“Pasukan menyelamat bomba tak berguna… kaki tidur dan makan saje” 

Dalam satu sesi FB live, lelaki tersebut dilihat menulis kata-kata yang mengguris hati pasukan bomba dengan menuduh mereka tidak pandai membuat kerja kerana gagal menjumpai kereta yang terjunam ke dalam laut. Aduhai… ingat kerja menyelamat ni senang ke? 

50796952 10156003076257045 2548391370175807488 N

51150907 10156003076457045 3777315580965552128 N
sumber: facebook

 

“Marilah kita semua guna otak sebelum komen” 

Rata-rata netizen yang baca komen dari mamat ini memang triggered habislah sebab hampir kesemua orang tahu, anggota bomba antara pasukan penyelamat yang paling berdedikasi dalam tugas mereka.

Maybe ‘mamat’ ini lupa yang kebanyakan bomba selalu bahayakan diri mereka sendiri sampai terkorban demi selamatkan mangsa. Teringat pada Adib pulak.. 

Pengajaran
sumber: twitter
Ppp
sumber: facebook

Komen kat atas ni okay lagi, ini antara komen lain dari netizen Facebook yang boleh buat korang serik kalau membacanya.

Onion
sumber: facebook

 

“Saya berjanji tidak akan bercakap yang tidak baik lagi mengenai anggota bomba”

Nampaknya penangan bawangrians kita ni memang dahsyat betul! Lepas dimalukan dan dikecam beramai-ramai, akhirnya netizen tersebut mengaku bersalah dan mengeluarkan ucapan maaf.

Menurut perkongsian di Twitter, netizen ni dah pun berjumpa pihak bomba dan memohon maaf secara face to face

Chua

sumber: twitter

Baguslah kalau dah sedar kan? Diharapkan jangan ada lagi yang ulangi perkara macam ni di masa akan datang. Kalau tak ada perkara yang elok untuk dikatakan, lebih baik kita berdiam diri je. 

Baca: “Bukan mati syahid, mereka mati katak!” – Netizen Pertikai Ketua Pengarah Bomba Lepas Tangan

Anggota Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.