“Tak payah sebuk hal anak saya..” – Aliff Syukri Bersuara Pasal Netizen Yang Kutuk Cara Dia Didik Anak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sejak semalam hangat diperkatakan pasal Dato’ Aliff Syukri rotan anak perempuannya yang berumur 9 tahun hanya disebabkan membuka tudung dihadapan tetamu lelaki sampai badan berbirat.

Ramai mengecam dengan tindakannya itu yang dianggap kejam memandangkan umur anaknya  masih mentah.

Susulan itu, Aliff Syukri tampil beri respon kepada netizen-netizen yang mempertikaikan cara dia didik anak.

 

Jaga anak awak dulu tak payah sibuk hal anak saya

Terpanggil dengan tohmahan sampai ada yang pertikaikan parenting skill dia, Aliff Syukri ada muat naik video bersama anaknya yang mesra dipanggil Cess itu.

Dalam video tersebut dia tunjukkan keratan-keratan postings individu yang mengecam tindakannya itu untuk menjelaskan bahawa dirinya terpanggil dengan tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat sekeliling.

View this post on Instagram

jaga anak awak dulu x payah sebuk hal anak saya.. . . saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri…sy buat mesti ada sebab…jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa……dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak…saya ni dah la jahil…jahat…..bukan orang baik,sekolah pun bodoh…takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya….saya nak anak yg terbaik.. . klau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang… Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej… sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan… orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la…..sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang..? sila komen dibawah pandangan korang jaga anak pulak…

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Menurut Aliff Syukri, dia melakukan perkara tersebut kerana mempunyai caranya sendiri untuk didik anak kerana dia lebih gemar gunakan ‘cara lama’ sepertimana ibunya dulu didik dirinya semasa dia kecil.

Selain itu,  kenyataan yang dikeluarkannya itu mendapat sokongan daripada ‘orang rumah’ bahkan anaknya sendiri.

Malah pengasas D’Herbs itu juga menggesa ibu bapa yang mengecamnya itu untuk jaga anak sendiri.

“jaga anak awak dulu x payah sebuk hal anak saya..”

“saya ni mmg lah mulut laser kuat membebel tapi saya ni x bodoh tau sy syg anak sy sendiri…sy buat mesti ada sebab…jaga anak perempuan zaman skrg kena lebih takut tngok keadaan semasa……dalam mendidik anak saya ada cara saya..kadang2 pelik la org yg sibuk cara kita didik anak…saya ni dah la jahil…jahat…..bukan orang baik,sekolah pun bodoh…takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya….saya nak anak yg terbaik..”

“klau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang… Dulu mak saya ni pukul sgn getah paip, pijak,lepang, semua ckup pakej… sbb tu sy jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan… orang2 dulu ni mmg didik anak ada cara mereka,saya pilih didik anak cara lama,yg nak ikut zaman terpulang la…..sebab esok2 kalau anak saya tak elok saya juga yg dipersalahkan bukan korang..sila komen dibawah pandangan korang jaga anak pulak…”

Kalau korang follow IG Dato’ Aliff ni, pasti korang akan nampak dia ni memang cukup tegas dalam mendidik anak, seperti mana yang dia katakan tadi, dia buat demi kebaikan anaknya juga supaya menjadi lebih bagus daripada dirinya sendiri.

Hurm, bagi admin lah kan kalau nak buat apa-apa kat anak-anak tak payah tayang di media sosial, sah-sah apa orang kita buat akan kena kecam. Tak gitu?

 

Baca : Netizen Bandingkan ‘Parenting Skill’ Aliff Syukri & Dr Sheikh Muszaphar, Jauh Beza Cara Orang Berilmu Jaga Anak!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?