in

“Tak pakai mask tak wajar disaman RM10k” – Kerajaan Akan Perinci Kesalahan Yang Layak Dikompaun RM10K

Pjimage 2021 03 15T174136.301

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 11 Mac lepas, kerajaan telah pun melaksanakan kompaun sebanyak RM10,000 kepada individu yang ingkar SOP manakala bagi syarikat dan kedai yang tak mematuhi SOP, denda ditetapkan ke RM50,000.

Kompaun yang ditetapkan ini adalah mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.


Pun begitu, sejak peraturan baru ini ditetapkan, ramai rakyat Malaysia yang mengeluh bila disaman kerana membuat kesalahan kecil seperti tak imbas MySejahtera atau tak pakai pelitup muka dengan betul.

81615797562 Takiyuddinhassan

Disebabkan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengatakan, kerajaan akan pericikan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun RM10,000 dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat Covid-19 yang akan dibuat hari ini, lapor Awani.

Katanya, jumlah kompaun akan kekal sama namun kerajaan beri jaminan untuk selesaikan pelaksanaannya termasuk pengeluaran saman kepada orang yang melakukan kesalahan.

Jika kesalahan yang dibuat merupakan kesalahan kecil seperti tak memakai pelitup muka, tak wajar jika disaman RM10,000.”

Tambahnya lagi, pihak berkuasa perlu tegas namun pada masa yang sama perlu wujudkan budi bicara bagi mendapatkan keseimbangan.

Tegasnya, kompaun ini bukanlah bertujuan untuk menghukum seseorang individu namun ia berperanan sebagai langkah untuk mencegah serta memberi pengajaran supaya matlamat kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini tercapai.

 

Baca: Lelaki 45 Tahun Disaman RM10,000 Dalam Kedai Runcit Gara-gara Pakai Mask Bawah Dagu

Collage 29

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.