Melampau dan jijik!
Perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perilaku seorang warga emas yang tergamak mencabul murid tahun 2 yang juga merupakan salah seorang yang menaiki van tuisyen dipandunya sejak dua bulan lepas.
Warga emas berusia 64 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut ketika hanya mangsa dan adiknya sahaja yang tinggal di dalam van, lapor Sinar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata perbuatan suspek terbongkar selepas adik mangsa mengadu kepada ibu mereka awal bulan ini.
“Adik mangsa telah bercerita tentang kakak sulungnya telah diraba dan disentuh di bahagian dada dan juga paha oleh pemandu van sekolah ketika mereka menaiki kenderaan berkenaan ke pusat tuisyen.
“Kemudiannya, baru mangsa berusia lapan tahun itu memberitahu kejadian tersebut berlaku sejak bulan Mei lagi tetapi khuatir memaklumkan kepada ibunya yang bekerja sebagai eksekutif jualan tentang perbuatan suspek yang ada menyentuh kaki, betis dan tangannya.”
Asisten Komisioner Shahurinain berkata ibu mangsa yang berusia 37 tahun itu hanya dimaklumkan oleh anak perempuannya (si adik) pada 9 Julai lepas.
Shahurinain berkata, mangsa juga ada bercerita kepada ibunya yang suspek juga bertindak menangkap gambar seluar dalam mangsa dengan menyuruh kanak-kanak itu membuka kedua-dua kaki sewaktu dia memakai skirt.
Kejadian tersebut telah disaksikan oleh adik mangsa.Mangsa dan adiknya menaiki van sekolah yang dipandu suspek untuk pergi ke pusat tuisyen pada setiap hari kecuali hari Sabtu dari rumah mereka. Suspek mengambil kesempatan ketika hanya ada kedua-dua beradik ini di dalam van berkenaan,”
Asisten Komisioner Shahurinain berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit berjenama Samsung Duos warna putih serta kad sim untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Tergamaknya buat macam tu!