Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi lagu Cintaku 100% iaitu Mas Idayu. Baru-baru ini, dia telah mengejutkan industri hiburan kerana sering memaparkan foto-foto dia berhijab di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian @masidayu1001, dia telah memuat naik foto dirinya sedang dine-in di sebuah restoran yang dirahsiakan. Dia kelihatan ayu dan manis dengan tudung yang dipakainya.
https://www.instagram.com/p/CTRk8WLpbG_/
Penampilan baharu Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy itu juga telah mencuri tumpuan para peminat dan netizen di media sosial. Walaupun tidak memberikan sebarang penjelasan tentang penampilannya itu, rata-rata peminat teruja dan memujinya.
Ketika dihubungi petang semalam, katanya, meskipun dia sudah berhijab, dia masih individu yang sama. Lapor Mstar.
Buat masa ini tak ada apa yang mahu saya kongsikan mengenai penampilan ini.”
Cuma apa yang boleh saya kata, Mummy masih orang yang sama… masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu.”
Menjengah di ruangan komen, bukan sahaja peminat dan netizen memuji penampilannya malah rakan-rakan artisnya yang lain juga terpukau dengan kecantikan artis itu bila bertudung.
Pemilik nama Masidayu Mesnun,49 meminta orang ramai dan para peminat mendoakan yang terbaik buatnya. Dia juga berterima kasih kepada peminat yang memuji penampilannya yang kelihatan semakin cantik dan awet muda.
Semoga Mummy terus istiqamah dalam mengejar cinta Allah, aamiin.