in

“Tak nak lah sebut menteri mana” – Penjual Daging Segar Dah Lama Suspek Isu ‘Kartel Daging’ Tapi Pihak Berkuasa Buat Tak Tahu

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita “kartel daging” yang dikatakan telah mengedar daging sejuk beku tak halal selama 40 tahun di pasaran.


Namun, perkara ini bukan satu benda yang memeranjatkan buat peniaga-peniaga daging di pasar basah sekitar Lembah Klang seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.

Melalui temubual yang dibuat, rata-rata peniaga daging mengatakan yang dorang dah lama sengsara akibat kewujudan kartel daging ini dan kecewa dengan sikap pihak berkuasa tentang isu ini.

“Saya tak nak lah sebut menteri mana”

Meat Vendor 311220F

Penjual daging segar di pasar basah Petaling Jaya Old Town, Zamry Shahbhari berkata, penjual daging tempatan dah lama sedar yang ada beberapa syarikat bawa masuk daging lebih banyak dari yang dibenarkan tapi tak ada tindakan yang diambil walaupun dah buat laporan.

Maaf cakaplah, tapi saya rasa cara kerajaan buat sekarang untuk kawal isu ni adalah ‘merapu’. Saya tak nak lah sebut menteri mana tapi kita tahu siapa dan dorang tak buat kerja.

Kami dah lama dengar tentang perdagangan daging haram ni dan dah buat laporan polis tapi tak ada apa-apa tindakan.”

“Sekarang kita dengar syarikat dekat Johor, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, suami dan isteri didakwa terlibat dalam perniagaan haram ni. Buat apa? Dorang tu ‘ikan kecil’ je, orang besar masih bebas.”

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini pengarah pembekal daging sejuk beku telah ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru namun tertuduh Rahman Sheikh Abdullah dan isterinya, Raihanah Kasim mengaku tak bersalah.

“Dorang mungkin lepas dekat sini, dekat akhirat tak tahu lagi”

Butcher Beef Local 0401 1

Seorang lagi penjual daging di Pasar Seksyen 16 di Shah Alam, Sulong Mohd pula mengatakan, oleh kerana kartel ini dah lama buat kerja, ini bermakna banyak pihak berkuasa yang terlibat mungkin sekarang dah pun hidup senang dengan “duit lebih” yang dorang dapat.

Kalau dorang cakap isu kartel daging ni dah berlaku sejak 40 tahun lalu, pegawai yang terlibat sekarang mungkin dah bersara dan tengah bersenang-lenang.

Dorang mungkin terlepas dekat sini, tapi dekat akhirat kita tak tahu lagi.”

Kartel daging mula menjadi sebutan selepas media membuat liputan tentang penyeludupan daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum di bungkus semula dan diletakkan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

“Rasuah antara pegawai kerajaan, tapi kita yang jadi mangsa”

Butcher Beef Local 0401 5

Seorang lagi penjual daging segar di pasar Shah Alam mengatakan, macam mana pun pelanggan biasanya lebih suka beli daging sejuk beku berbanding segar kerana harga yang lebih murah.

Ini realitinya, satu-satunya sebab adalah rasuah dikalangan pegawai kerajaan tapi kita yang jadi mangsa.”

Walaupun isu kartel daging ini masih dalam siasatan, harga daging segar masih kekal sama dan ramai orang sekarang galakkan untuk membeli daging segar berbanding daging sejuk beku hingga pihak berkuasa dapat selesaikan isu ini.

Butcher Beef Local 0401 2

Menurut seorang lagi penjual daging, Khairul Majid, dia tak nampak peningkatan pelanggan beli daging segar walaupun isu kartel daging hangat diperkatakan.

Lagi pun sekarang ni bukan musim perayaan dan kami tak nampak pun peningkatan pelanggan yang ketara. Orang sekarang pun tengah susah jadi tak ramai yang makan daging hari-hari.”

Pun begitu, kerajaan masih belum hentikan pengimportan daging sejuk beku ke dalam negara ini malah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid baru-baru ini mengatakan tiga jenama terkenal Allana, Amroon dan Al-aali dari India adalah halal dan dijamin selamat.

Sekarang ni bila nak beli daging tu kena tepuk dada tanya selera je lah nampaknya. 

 

Baca: Kartel Daging Rasuah ‘Orang Dalam’ Seludup Daging Import Haram Yang Disahkan Sebagai ‘Halal’ Selama 40 Tahun

Screenshot 2021 01 05 At 1.05.02 Pm

Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail
Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.