in

Kartel Daging Rasuah ‘Orang Dalam’ Seludup Daging Import Haram Yang Disahkan Sebagai ‘Halal’ Selama 40 Tahun

Kartel Daging

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu… perkara inilah yang paling kita takuti apabila perkara yang haram sengaja dihalalkan demi wang dan kuasa.


Baru-baru ini terbongkar, sebuah kartel katanya telah mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk yang diragui status halal dan kualitinya, dipercayai telah merasuah beberapa kakitangan kerajaan, termasuklah pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Haram 1
Daging sejuk beku diperiksa pihak berkuasa

Menurut Berita Harian, wang ringgit dan habuan untuk berseronok telah dijadikan ‘pendorong’ bagi pegawai terbabit ‘melepaskan’ barangan yang diimport tanpa mengikut peraturan ke pasaran negara ini.

Sumber rapat dengan siasatan juga memaklumkan kartel terbabit ada ‘orang dalam’ pada semua peringkat prosedur dan pemeriksaan pintu masuk yang menyebabkan mereka ini kebal dan mampu beroperasi sejak 40 tahun lalu! Aduhai lamanya! 

Modus operandi kartel adalah ‘membeli’ kakitangan agensi kerajaan tertentu.

“Segala-galanya dirancang teliti, dari loji penyembelihan hingga pintu masuk di pelabuhan, kartel sudah atur orang mereka dalam agensi kerajaan untuk memudahkan urusan keluar masuk lori dari pelabuhan,” kata sumber.

 

Malaysia hanya luluskan 39 rumah sembelih, mesti dapat kelulusan JAKIM dan KKM 

Menurut rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), setakat ini Malaysia hanya luluskan 28 rumah sembelih lembu dari Australia, New Zealand, Argentina, Brazil dan Afrika Selatan. Manakala 11 lagi rumah sembelih kerbau dari India dan Pakistan.

Semua rumah sembelihan ini juga sudah menjalani audit oleh JPV dan JAKIM serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kelulusan diberikan. Pemeriksaan ke atas rumah sembelih di negara sumber juga dilakukan.

Selain JPV dan JAKIM, badan lain yang bertanggungjawab kawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia yang babitkan beberapa peringkat adalah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan.

Haram 4
Cop palsu maqis digunakan untuk tujuan pembungkusan semula

Menurut sumber, selain dari negara yang diluluskan, kartel ini telah membeli bekalan daging dari loji sembelihan di Kanada, Colombia, Ukraine, United Kingdom, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.

“Selain daging pejal, organ lain turut diseludup seperti paru, ekor, perut dan tulang leher. Dalam usaha menyeludup bekalan daging dari negara tidak diiktiraf ini, kartel membina rangkaian membabitkan penjawat awam dalam agensi tertentu,” katanya.

 

Bawa masuk daging diragui status halal kerana murah? 

Kata sumber lagi, penyeludupan daging import sejuk beku diragui statusnya ini telah dibungkus semula di negara ini dan ditampal tanda halal palsu sudah lama berlaku. Ia juga didalangi syarikat milik bukan Bumiputera yang membentuk kartel menggunakan beberapa syarikat Bumiputera sebagai proksi.

“Walaupun syarikat proksi terbabit mempunyai kebenaran mengimport dari negara sumber yang diperakui status halalnya, kartel cenderung membawa masuk daging sejuk beku yang diragui status halal kerana memperolehnya pada harga lebih murah, sekali gus dapat meraih keuntungan lebih besar.

Haram 3

Harga murah, antaranya kerana ternakan ada masalah kesihatan, selain loji penyembelihan tidak sah dan memproses daging tidak halal.

“Walaupun diikrar daging lembu, bekalan yang dibawa masuk sebenarnya daripada pelbagai ternakan, termasuk kerbau dan kuda dengan kaedah sembelihan diragui.

“Tindakan itu semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan implikasi kesihatan pengguna yang diragui status kesihatan dan halal,” katanya lagi.

 

Guna nama Islamik untuk kaburi mata ramai? 

Lebih mengejutkan juga, syarikat proksi yang ditubuhkan kartel daging ini juga telah menggunakan nama berunsurkan Islamik dan kemelayuan bagi meraih pengguna Islam.

Sumber yang rapat dengan siasatan kes berkenaan, berkata selain menggunakan nama ahli kartel, pembekal disyaki mencuri maklumat dan data individu Bumiputera, khususnya Melayu untuk didaftarkan sebagai pemilik syarikat proksi ditubuhkan.

Haram 2

“Prosedur yang membenarkan syarikat didaftar dengan hanya salinan kad pengenalan, memudahkan kerja kartel untuk menubuhkan syarikat proksi, memanipulasi dokumen dan sistem bagi penubuhan seberapa banyak syarikat untuk menunjukkan mereka menjalankan perniagaan sah.

“Nama syarikat pula Islamik, secara automatik meraih keyakinan pemborong dan pelanggan untuk mendapatkan bekalan daripada syarikat terbabit,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang mangsa yang namanya digunakan kartel sebagai pemilik syarikat proksi, mendakwa hanya tahu mengenai perkara itu pada Mei lalu apabila dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kartel terbabit.

Aduhai… takutnya kalau dah termakan daging tak halal. Berdosa sungguh siapa buat kerja macam ni. 

Baca: “Tali barut negara” – Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan

Sprm

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Harian Metro
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.