in

Tak Mahu Ke Sekolah, Pelajar Sekolah Reka Cerita Diculik Gara-gara…

syaz ft 2025 09 12T120223.624

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar sanggup mereka-reka cerita cubaan culik semata-mata kerana tidak mahu ke sekolah selepas kasutnya terkena najis kucing.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkenaan diterima sekitar jam 9.22 pagi daripada pelajar berusia 13 tahun yang mendakwa kononnya cubaan culik berlaku ketika dia berjalan kaki ke sekolah.


Artikel berkaitan: Dua Bekas Tentera Mengaku Bersalah Ceroboh Bilik Guru & Koperasi Sekolah, Larikan RM25

Artikel berkaitan: Didakwa Kurung Rakan Dalam Tandas Sekolah, 2 Remaja Perempuan Dihadapkan Ke Mahkamah

Siasatan mendapati remaja itu terlebih dahulu memberitahu bapanya yang berusia 37 tahun sebelum hadir bersama ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk membuat laporan.

“Hasil soal siasat mendapati dakwaan cubaan culik itu tidak benar sama sekali. Pelajar tersebut mengaku laporan dibuat hanya sebagai alasan kepada bapanya kerana enggan ke sekolah selepas kasut terkena najis kucing,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, polis tidak meneruskan siasatan memandangkan pelajar itu masih bersekolah, namun satu amaran keras telah diberikan kepada remaja terbabit serta bapanya.

Kes berkenaan dianggap selesai selepas bapa pelajar tersebut membuat penarikan laporan polis setelah dimaklumkan mengenai keadaan sebenar.

 

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.