in

“Tak kelakar malukan anak macam ni” – [VIDEO] Budak Mengamuk Sebab Mak Tonyoh Kepala Masuk Kek, Netizen Tumpang Simpati

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa juga manusia dan semestinya dorang tak lari dari melakukan kesalahan. Beberapa perkara yang kita anggap kelakar, kadang-kadang boleh memalukan anak sendiri tanpa kita sedari.


Baru-baru ini, pelakon Adibah Noor ada mengulang kicau satu video yang berlaku di luar negara. Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang menyambut hari lahirnya.

Namun, apabila anaknya itu tunduk untuk meniup kek hari jadinya, wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut telah menolak kepala anaknya ke dalam kek dengan niat untuk bergurau.

Di luar sangkaannya, tindakan ibu ini telah membuatkan anaknya itu mula bertindak agresif sehingga memukul ibunya dan menjatuhkan kek tersebut.

“Tolong jangan buat macam ni dekat anak”

Ekoran ini, Adibah Noor turut menasihatkan ibu bapa di luar sana untuk tak melakukan perkara seperti ini pada anak-anak, lebih-lebih lagi ketika menyambut hari lahir mereka.

Tolong jangan buat macam ni dekat anak. Tak kelakar malukan anak depan semua orang. Budak ni tengah sambut hari lahir kot!”

Kenyataan Adibah Noor ini telah disokong oleh ramai netizen yang menganggap tindakan wanita tersebut keterlaluan.

Malah bukan itu sahaja, tindakan seperti ini juga boleh mendatangkan bahaya kerana kita tak tahu apa yang ada dalam kek tersebut.

Screenshot 2021 08 02 At 12.14.24 Pm Down

Ish, memang betul, tak kelakar pun bila buat macam ni. Cuba kalau mak dia yang kena tonyoh macam tu, mesti marah dan malu jugakkan?

 

Baca: “Kalau tepat kena mata, jadi kasim selamat ni” – Jangan &’Suka-Suka’ Tekap Kek Hari Jadi Pada Muka Kawan/Keluarga Sebab…

Screenshot 2021 08 02 At 12.22.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.