in

“Tak habis-habis fitnah saya” – Mawar Karim Buka Mulut Isu Bankrap & Lari Dari Hutang

Mawar Karim Bankrup Lari Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh diperkatakan mengenai bekas isteri Fizo Omar yang juga usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim yang dikatakan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman sebanyak RM720,000 daripada seorang sahabat.

Menurut mStar, susulan isu berkenaan, Mawar didakwa bakal berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap.


Dia juga katanya telah meminjam wang dengan jumlah itu daripada kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan memulakan perniagaan.

https://www.instagram.com/p/CcDBXcQvuFg/

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua belah pihak, Mawar dikehendaki membayar pinjaman tersebut secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh 7 bulan bermula dari tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Peguam yang mewakili Nabil, Nik Zarith berkata, selepas lebih 10 bulan, Mawar masih gagal melangsaikan hutang berkenaan. Oleh itu, satu notis tuntutan bayaran telah dihantar kepada Mawar, namun tidak memperoleh sebarang jawapan.

Pihak mereka kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi pada Januari lepas.

Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respon yang diterima daripada pihak defendan (Mawar). 

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya. 

“Jika jumlah tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharan bankrap boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” katanya.

https://www.instagram.com/p/Ca9HEpvvYTt/

“Wahai S tak habis-habis lagi create cerita fitnah pasal saya” 

Berikutan tularnya berita berkenaan di media sosial, Mawar menerusi instastory yang dimuat naik awal pagi tadi telah memberi respon.

Menurutnya, berita mengenai dirinya yang bakal bankrap adalah fitnah semata-mata yang mana ia disebarkan oleh seorang individu bernama ‘S’.

Last year pasal SJR, cukup setahun pasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah,” katanya.

Mawar Karim

Dalam pada itu, peguam Nabil Mat Jahya berkata, anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung ialah pada Oktober tahun lalu.

Harap semuanya dipermudahkan buat Mawar dan kes ini dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Seronok sebar fitnah?” – Mawar Karim Dedah Bukti Individu Bergelar ‘Datuk’ Sengaja Kaitkan Dia & Khairuddin

Sebr

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.